Zamri Vinoth dan Tamim Dahri lari ke Thailand

Mohd. Khalid Ismail pada sidang akhbar pada Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah dan Pengerusi Perkep Jabatan Siasatan Jenayah di Menara 1, Bukit Aman di Kuala Lumpur lewat semalam.
Gambar Kosmo! oleh ISKANDAR ISHAK

Media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan dua individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes berkaitan ketenteraman awam dan sensitiviti agama dipercayai telah melarikan diri ke Thailand.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, hasil risikan mendapati kedua-dua suspek iaitu Zamri Vinoth dan Tamim Dahri telah meninggalkan negara dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dengan bantuan pihak berkuasa Thailand, lapor Kosmo! sebentar tadi.

Menurutnya, siasatan terhadap Zamri Vinoth berhubung kenyataan penganjuran perhimpunan di pekarangan Sogo Kuala Lumpur pada 7 Februari lalu telah selesai dijalankan.

“Kertas siasatan kes tersebut telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan arahan pertuduhan akan dibuat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

“Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.

Beliau berkata, PDRM turut mengesahkan siasatan terhadap Tamim Dahri berhubung tindakan merosakkan soolam, iaitu simbol suci bagi penganut agama Hindu di tapak lama Kuil Sri Maha Muniswarar di Langkawi juga telah selesai.

Menurutnya, kertas siasatan kes itu telah dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah dengan arahan pertuduhan di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana merosakkan atau mencemarkan benda yang dianggap suci oleh mana-mana golongan agama.

“Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” ujarnya.

Tambah beliau, siasatan terhadap Zamri Vinoth berkaitan kenyataan yang didakwa berbaur penghinaan terhadap kaum India pula telah dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang untuk arahan pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

“Kedua-dua suspek akan didakwa dalam tempoh terdekat sebaik sahaja mereka berjaya dikesan dan dibawa pulang ke negara ini,” katanya.

Mohd. Khalid menegaskan, PDRM komited dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dalam kegiatan yang boleh menggugat ketenteraman dan keselamatan awam.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Isteri billionaire minta tolong orang ramai menderma?

Dad and Kids