Untuk apa jadi calon PM kalau bertanding PRU16 untuk kalah


Belum apa-apa, sudah bertelagah siapa akan dipilih sebagai perdana menteri 

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, semalam secara bersahaja mempunyai cara tersendiri untuk membalas kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menyentuh mengenai isu calon perdana menteri gabungan itu.

Ahmad Samsuri berkata dia mendapat banyak pertanyaan daripada wartawan mengenai kenyataan dibuat bekas perdana menteri berkenaan.

Menteri Besar Terengganu itu menjelaskan keutamaan PN ketika ini ialah memperkukuhkan gabungan berkenaan bagi menghadapi PRU, selain memantapkan muafakat di seluruh negara.

Justeru dia memberi mesej bahawa siapa pun calon perdana menteri PN, ia bukan suatu keutamaan buat masa ini.

“Yang pasti Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bukan lagi calon PM,” Malaysiakini memetik Samsuri sebagai berkata dalam satu hantaran ringkas di Facebook pada awal petang semalam.

Beliau berkata demikian mengulas laporan media memetik kenyataan Muhyiddin kelmarin.

Dalam temu bual dengan media, Muhyiddin memberitahu pelantikan Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi PN yang baru tidak bermakna Naib Presiden PAS berkenaan secara automatik akan diangkat sebagai calon perdana menteri.

Tegasnya pelantikan jawatan tertinggi gabungan tersebut dan penentuan calon nakhoda kerajaan bagi PRU ke-16 adalah dua perkara yang berbeza.

Menurut Muhyiddin, setakat ini komponen PN belum memulakan sebarang perbincangan rasmi mengenai calon perdana menteri.

Pada 22 Februari lalu, mesyuarat luar biasa Majlis Tertinggi PN memutuskan Ahmad Samsuri dipilih sebagai pengerusi baharu PN bagi menggantikan Muhyiddin yang kemudiannya dilantik sebagai Timbalan.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Isteri billionaire minta tolong orang ramai menderma?

Dad and Kids