Satu lagi kes kemalangan maut bukan salah penunggang motosikal
Media melaporkan seorang penunggang motosikal maut dirempuh kereta dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang, pagi tadi.
Ketua Polis Klang Selatan, Lim Jit Huey, dipetik FMT sebagai berkata impak pertembungan mengakibatkan mangsa berusia 30-an tercampak di atas kereta berasingan, dalam nahas sekitar 11.40 pagi itu.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati sebuah Honda City dipandu lelaki tempatan lingkungan 20-an dari arah Jalan Raya Barat menuju ke Bandar Klang dipandu laju dan berbahaya.
“Pemandu tersebut dipercayai telah memotong beberapa kenderaan di hadapan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.
“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa seorang lelaki tempatan umur 30-an telah tercampak ke atas sebuah motokar jenis Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, hasil ujian saringan mendapati pemandu terbabit positif alkohol dan dadah sebelum ditahan bagi membantu siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 15 tahun serta denda antara RM50,000 hingga RM100,000 jika sabit kesalahan, selain lesen memandu digantung serta-merta.
Kes turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam pada itu, polis menegaskan bahawa pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah adalah satu kesalahan serius dan membahayakan keselamatan diri serta pengguna jalan raya lain.
Terdahulu, tular rakaman video memaparkan sebuah kereta memasuki laluan bertentangan di garisan berkembar sebelum merempuh motosikal mangsa.
Penunggang berkenaan tercampak ke udara akibat pelanggaran kuat sebelum terjatuh di atas bumbung sebuah kereta lain.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment