Sanggup memandu 100 km untuk berbuka puasa di Kuantan

Keindahan latar belakang Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah yang ikonik menambah daya tarikan pengunjung untuk menikmati suasana petang yang tenang di Padang MBK 1, Kuantan.
Gambar Sinar Harian

Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 terus menjadi lokasi pilihan warga tempatan dan pengunjung luar untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan, demikian menurut akhbar Sinar Harian yang cuba menggambarkan suasana indah di ibu negeri Pahang itu.

Kata akhbar itu lagi, kawasan lapang itu menjadi tarikan bukan sahaja kerana kedudukannya di tengah bandar tetapi bazar Ramadan dan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 yang terletak bersebelahan, menjadikannya lokasi unik berbanding tempat lain.

Bayangkan beratus orang duduk di atas rumput beralaskan tikar, masing-masing dengan juadah berbeza, namun berkongsi satu perasaan yang sama iaitu menunggu azan Maghrib.

Image
KUANTAN – Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 terus menjadi lokasi pilihan warga tempatan dan pengunjung luar untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan.
Muhammad Amir bersama keluarga kali pertama berbuka puasa di Padang MBK1 dan hadir ke lokasi itu untuk menikmati suasana. 
Gambar Sinar Harian

Pengunjung dari Dungun, Terengganu, Muhammad Amir Hidayat Busmam, 33, mengakui sanggup menempuh perjalanan lebih satu jam dengan jarak lebih 100 kilometer (km) semata-mata untuk menikmati suasana iftar di padang tersebut.

Menurutnya, berbuka di situ menjadi pengisian dalam menghidupkan syiar Ramadan dalam suasana santai dan dapat mengeratkan silaturahim.

“Sebab utama saya pilih tempat ini adalah kerana akses mudah ke masjid dan kali pertama saya jejak kaki ke sini.

"Kami bukan sahaja dapat iftar beramai-ramai tapi berpeluang menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih secara berjemaah tanpa perlu tergesa-gesa.

"Malah, saya turut menempah hotel berdekatan bagi memudahkan urusan bersahur pada keesokan pagi,” katanya kepada akhbar berkenaan.

Image
KUANTAN – Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 terus menjadi lokasi pilihan warga tempatan dan pengunjung luar untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan.
Shahril (kanan) bersama isteri dan anaknya mengambil peluang cuti hujung minggu untuk berbuka puasa di Padang MBK1. 
Gambar Sinar Harian

Bagi Shahril Muhammad Nor, 43, berbuka puasa di sini menjadi rutin keluarganya setiap tahun.

Bapa kepada tiga anak itu sanggup memandu kira-kira 50km dari Kemaman bersama isteri dan tiga anaknya.

“Anak-anak lebih santai di sini. Walaupun boleh berbuka di rumah, suasana orang ramai dan kedudukan masjid yang berhampiran membuatkan kami sanggup datang dari jauh,” ujarnya.

Image
KUANTAN – Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1 terus menjadi lokasi pilihan warga tempatan dan pengunjung luar untuk berbuka puasa setiap kali Ramadan.
Fakhri Aiman mengakui akan berbuka di Padang MBK1 setiap kali Ramadan kerana sukakan suasana yang unik. 
Gambar Sinar Harian

Sementara itu Fakhri Aiman Abdullah, 22, berkata, Padang MBK 1 merupakan lokasi iftar yang lengkap dan mesra pengunjung.

Menurutnya, tempat itu sudah menjadi titik pertemuan warga Kuantan dan pengunjung luar yang gemar berbuka di lokasi terbuka bersama keluarga serta rakan-rakan.

"Lokasi ini ada tarikan yang sukar ditemui di tempat lain.

“Jadi, saya memang wajib datang ke sini dan biasanya hadir lima hingga enam kali sepanjang sebulan berpuasa," ujarnya. -

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Isteri billionaire minta tolong orang ramai menderma?

Dad and Kids