Saifuddin mahu mengenal pasti motif kejadian
Di media sosial, sebuah akaun yang agak popular di platform Facebook berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa polis telah diarahkan untuk memberikan keutamaan penuh dalam siasatan terhadap dakwaan komplot untuk menjatuhkan kerajaan dan menggugat kestabilan negara.
Merujuk laporan berita FMT, akaun Facebook yang bernama Dramajor itu berkata keputusan ini diambil dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung Jumaat lalu, yang menekankan supaya polis segera menjalankan siasatan apabila menerima apa-apa aduan daripada pihak mana pun.
Laporan itu memetik Saifuddin sebagai berkata: “Proses siasatan kes ini masih berada di peringkat awal. Setiap aduan yang diterima akan menjadi asas penting bagi polis dalam menentukan hala tuju siasatan yang lebih terperinci."
Mengenal pasti motif kejadian
Siasatan ini kini sudah dimulakan dan akan menentukan peruntukan undang-undang yang sesuai. Saifuddin juga menegaskan kepentingan mengenal pasti motif kejadian dan hasil akhir siasatan yang jelas.
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.







Comments
Post a Comment