Rafizi dedah siapa "Mr R"

Menurut Rafizi, Mr R dan Ahli Parlimen PKR didakwa terima duit RM9.5 juta adalah dua individu berbeza

Encik Sandraruben Neelamagham 

Siapa Ahli Parlimen PKR didakwa terima duit RM9.5 juta masih menjadi teka-teki

Bagaimanapun, dakwaan Rafizi ini tidak dapat disahkan secara bebas

Pihak media hari ini memetik hantaran Datuk Seri Rafizi Ramli semalam yang "mendedahkan" identiti Mr R dan didakwa menjadi perantara dalam kegiatan melibatkan "mafia korporat" dan dikatakan memberi laporan kepada bekas pembantu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rafizi dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Memetik butiran yang didedahkan oleh ahli perniagaan, Encik Victor Chin Boon Long, Rafizi mendakwa Mr R itu juga ada kaitan dengan dua syarikat yang saling bersaing, iaitu NexG Bhd (NexG) dan dan HeiTech Padu Bhd (HeiTech Padu).

NexG ialah sebuah syarikat yang memegang kontrak kerajaan bernilai RM2.4 bilion bagi membekalkan kad pengenalan dan pasport negara, manakala HeiTech Padu menjalankan kerja-kerja serupa, namun turut melibatkan pembangunan dan penggunaan Sistem Imigresen Bersepadu Kebangsaan (NIISe).

Dalam komunikasi dengan Chin, kata Rafizi, Mr R sering merujuk kepada seseorang yang dianggap sebagai bossnya.

“Gambarannya jelas bahawa Mr R ialah operator kepada seorang yang lebih berkuasa,” katanya dalam hantaran di media sosial yang mendapat sambutn hangat itu.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan, Kuala Lumpur yang berasal dari Besut, Terengganu itu, menjelaskan persoalan yang lebih besar menjadi tanda tanya ialah, berdasarkan komunikasi di antara Chin dan Mr R, bos individu terbabit – yang didakwa pernah menjadi pembantu Anwar – mempunyai pengaruh untuk mengarahkan pihak berkuasa memberi tekanan kepada pemilik saham NexG.

Komunikasi yang didedahkan Chin juga, kata Rafizi, menunjukkan individu berkenaan boleh meyakinkan perdana menteri untuk menganugerahkan kontrak berbilion ringgit kepada NexG.

“Yang ini, sebaiknya perdana menteri bagi respon,” katanya.

Bagaimanapun, dakwaan Rafizi ini tidak dapat disahkan secara bebas.

Rafizi juga menegaskan, dalam isu mafia korporat yang diperkatakan itu, Mr R dan ahli parlimen PKR yang didakwa meminta wang RM10 juta daripada Chin adalah dua individu yang berbeza.

Dalam dokumen setebal 40 halaman yang dikeluarkan pada Selasa lalu, Chin memperincikan kronologi peristiwa yang menggambarkan dia dan rakan niaganya dalam NexG menghadapi ancaman serta intimidasi dalam usaha untuk pihak tertentu “merampas” pegangan saham syarikat penyedia penyelesaian IT berkenaan.

Chin mendakwa dia kerap berhubung dengan Mr R bagi menyelesaikan isu tekanan yang dihadapi syarikat tersebut.

Bagi wang bernilai RM9.5 juta – daripada RM10 juta yang diminta – itu pula, Chin menjelaskan ia adalah “yuran perkhidmatan” dan bukannya bertujuan untuk menyelesaikan kemelut yang dialami NexG dengan agensi penguat kuasa negara.

Chin juga mendakwa kumpulan itu menyasarkan ahli keluarga, rakan perniagaan, syarikat, rakan, dan sesiapa sahaja yang dianggap berkaitan dengannya.

Ahli perniagaan itu sebelum ini memberikan tempoh sehingga akhir Mac ini untuk wang berkenaan dikembalikan atau dia akan mendedahkan identiti ahli politik tersebut.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Dad and Kids

Isteri billionaire minta tolong orang ramai menderma?