PRU16: Anwar tersingkir, Zahid Hamidi jadi PM


Tanpa penampilan Najib berkempen, adakah ini sekadar angan-angan?

Masih di peringkat formula rahsia, Barisan Nasional (BN) diberitakan berhasrat untuk bertanding sekurang-kurangnya 115 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) bagi memastikan gabungan itu kembali menerajui kerajaan pusat.

Sekurang-kurangnya tiga sumber yang hadir, secara sulit memberitahu sebuah portal popular lagi lantang di Malaysia bahawa hasrat itu dizahirkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam sesi pemukiman tertutup yang berlangsung di kediaman rasminya di Sri Satria, Putrajaya, baru-baru ini.

Malaysiakini mendakwa sumber itu bercakap kepada mereka bahawa Zahid menekankan langkah berkenaan penting untuk mengikis persepsi bahawa BN kini sekadar "pemain kedua" di belakang Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan Madani yang kini di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Zahid juga menegaskan bahawa BN tidak boleh lagi dilihat sebagai gabungan nombor dua. Kita perlu tanding sekurang-kurangnya 115 kerusi supaya kita tidak dianggap lemah.

"Jika BN menang lebih banyak kerusi berbanding PH, maka BN akan mengetuai kerajaan pada PRU16," kata sumber itu lagi,dengan syarat identitinya tidak didedahkan.

Difahamkan, pemukiman tersebut dihadiri hampir 200 perwakilan daripada semua parti komponen BN serta ‘Friends of BN’, dengan setiap parti menghantar kira-kira 15 wakil.

Sumber itu menambah, Zahid memberi amaran bahawa sekiranya BN hanya bertanding sekitar 50 hingga 60 kerusi, ia akan membuka ruang kepada pembangkang menyerang UMNO.

"Zahid berkata jika BN tanding sikit, pengundi Melayu akan melihat UMNO seolah-olah takut kepada DAP dan sanggup menyerahkan kerusi tradisi BN kepada PH.

"Ini satu risiko besar untuk kelangsungan parti. Maka bertanding sekurang-sekurang 115 kerusi sudah pasti akan ada pertindihan kerusi dengan PH pada PRU16," kata sumber itu.

Selain faktor persepsi, strategi itu juga dipacu oleh penilaian dalaman BN terhadap prestasi semasa PH yang kini berada pada tahap paling mencabar.

Menurut satu sumber daripada Friends of BN, sokongan pengundi bukan Melayu terhadap PH berada pada tahap paling rendah, khususnya masyarakat India yang dikatakan menjauhkan diri daripada kepimpinan Anwar.

"Ketidakpuasan hati ini berpunca daripada beberapa kenyataan Anwar yang dilihat menyentuh sensitiviti kaum itu, terutama arahannya kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk "membersihkan" kuil-kuil yang dibina tanpa izin atau di atas tanah haram.

"Kenyataan Perdana Menteri baru-baru ini mengenai isu kuil haram dilihat sebagai satu tekanan kepada masyarakat India.

"Maka tiada gunanya BN terus menjadi pengikut kepada PH pada PRU16 sekiranya rakan kongsi kita sendiri sedang kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu yang merupakan penyokong akar umbi mereka," kata sumber tersebut.

Dalam pertemuan sama, isu ketidakseimbangan jawatan dalam kabinet Kerajaan Perpaduan turut dibangkitkan sebagai alasan kukuh mengapa BN perlu mengetuai kerajaan selepas PRU16.

Menurut satu sumber daripada MCA, seorang menteri UMNO mendakwa komposisi jemaah menteri kini tidak mencerminkan sumbangan kerusi yang diberikan oleh BN kepada kerajaan hari ini.

"Menteri itu berkata walaupun BN menyumbang 30 peratus kerusi Parlimen dalam kerajaan hari ini, ia tidak dicerminkan dalam kabinet. Kita tidak mendapat 30 peratus jawatan menteri.

"Dia juga mendakwa, kementerian yang diperuntukkan kepada BN juga dilihat bukan kementerian yang bersifat people-centric (mesra rakyat). Jadi, untuk menjaga kepentingan rakyat dengan lebih efektif, BN perlu mengetuai kerajaan," katanya.

Hasrat BN untuk bertanding 115 kerusi ini dilihat sebagai satu peralihan yang drastik berbanding sokongan terbuka Zahid kepada PH sebelum ini.

Untuk rekod, kerjasama antara BN dan PH bermula selepas keputusan PRU15 pada November 2022 menyaksikan parlimen tergantung apabila tiada mana-mana gabungan mendapat majoriti mudah iaitu 112 kerusi.

BN yang hanya memenangi 30 kerusi dan merekodkan keputusan terburuk dalam sejarahnya akhirnya menjadi penyokong utama untuk membentuk kerajaan selepas Zahid menerajui rundingan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Langkah itu mengejutkan ramai pihak memandangkan sebelum pilihan raya tersebut, UMNO telah meluluskan usul "No DAP, No Anwar" dalam Perhimpunan Agung parti aitu.

Zahid dalam pelbagai kenyataan sebelum ini sering mempertahankan Anwar dan menyifatkan kerjasama BN-PH sebagai formula terbaik untuk kestabilan negara, malah pernah memberi bayangan kerjasama itu akan diteruskan ke PRU16.

Namun, perkembangan terbaru dalam pemukiman semalam menunjukkan BN kini mula menyusun langkah untuk kembali menjadi dominan dan tidak lagi mahu sekadar menumpang kekuatan PH.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri