Pengundi Muda pilih Isham Jalil, berbanding KJ dan Zahid Hamidi
[ KEPUTUSAN UNDIAN TIDAK RASMI ]
Semalam (kelmarin, Ahad 9 Mac 2026) kami telah membuat satu undian yang disebarkan lebih 100 Facebook Group UMNO dan Barisan Nasional, dan undian tersebut telah menerima lebih 10,000 respon daripada pengguna Facebook.
Secara tidak rasmi, keputusan yang diperoleh agak mengejutkan.
Majoriti responden memberikan sokongan kukuh kepada Isham Jalil dengan 81% undi, diikuti Khairy Jamaluddin sebanyak 15%, manakala DS Zahid Hamidi berada di kedudukan terakhir dengan hanya 4% undi.
Keputusan ini di luar jangkaan kerana Isham Jalil jauh meninggalkan dua tokoh politik yang bertaraf Menteri/Bekas Menteri.
Secara tidak langsung, keputusan ini boleh dilihat sebagai satu isyarat daripada akar umbi UMNO kepada kepimpinan tertinggi parti. Ramai yang dilihat tidak bersetuju dengan kerjasama bersama DAP dan mendesak supaya UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan, selari dengan pandangan yang sering dibangkitkan oleh Isham Jalil.
Walaupun undian ini bukan kajian rasmi, ia tetap memberikan gambaran awal mengenai sentimen sebahagian penyokong akar umbi UMNO di media sosial.
Pendapat kami, Presiden UMNO perlu buat langkah segera untuk selamatkan UMNO dan elak sindrom penafian.
TAHNIAH ISHAM JALIL. ANDA MEMANG BERPOTENSI
Dipetik dari satu hantaran melalui Facebook oleh Pengundi Muda pada Isnin, 9 Mac 2026.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment