Masuk campur dan memihak bukan pendirian parti, kata sekumpulan pemimpin Melayu DAP

Masih tiada jawapan misteri seorang digari, seorang tidak

Sekumpulan pemimpin Melayu DAP semalam menegaskan mereka tidak bersetuju dengan kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Encik M Kulasegaran bersama aktivis Encik Arun Doraisamy di Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang, kelmarin.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka menyifatkan tindakan itu tidak sesuai memandangkan status Kulasegaran sebagai seorang timbalan menteri.

Menurut Malaysiakini, kenyataan bersama itu dikeluarkan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Tuan Sheikh Umar Bagharib Ali; Ahli Parlimen Bentong Puan Young Syefura Othman, Ahli Parlimen Bangi Encik Syahredzan Johan dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Puan Syerleena Abdul Rashid.

“Kami terpanggil untuk menyatakan bahawa kami sama sekali tidak bersetuju dengan kehadiran YB Kulasegaran di mahkamah berjumpa dengan Arun Doraisamy sewaktu didakwa di Mahkamah, lebih-lebih lagi beliau sedang menggalas kapasiti sebagai seorang Timbalan Menteri Kerajaan Madani.

"Tindakan tersebut telah mengundang polemik awam mengenai integriti sistem perundangan negara,” kata mereka dalam kenyataan tersebut.

Kelmarin, Kulasegaran menerima kecaman apabila dia dilihat hadir di mahkamah bagi memberi sokongan kepada Arun Doraisamy yang didakwa di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, Kulasegaran berkata dia hanya singgah di Mahkamah Majistret itu ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

"Saya mengenali Arun sejak saya mewakili M Indira Gandhi dalam cabaran undang-undangnya berkaitan anak-anaknya.

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya hanya bertemu Arun sebentar di sekitar kompleks mahkamah sebelum beredar.

“Saya tidak hadir di bilik mahkamah ketika pertuduhan dibacakan dan prosiding dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, empat pemimpin Melayu DAP itu berkata mereka mengambil maklum tentang penjelasan Kulasegaran dalam isu berkenaan namun menegaskan kedudukannya dalam kerajaan menuntut tahap kepekaan yang lebih tinggi terhadap persepsi awam.

"Ini khususnya berkaitan prinsip bahawa keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan, tetapi juga perlu dilihat dilaksanakan," tegas mereka.

Mereka juga menegaskan bahawa kehadiran Timbalan Menteri itu di mahkamah semalam tidak mewakili pendirian rasmi parti.

"Kami juga ingin mengesahkan bahawa tiada sebarang keputusan parti untuk menyatakan sebarang kecenderungan terhadap isu ini. Justeru, apa juga tindakan solidariti terhadap Arun Doraisamy tidak mewakili pendirian DAP.

"Dalam hal ini, kami berpendirian bahawa DAP harus mengambil pendekatan jalan tengah iaitu mempertahankan prinsip keadilan dan “innocent until proven guilty” serta keabsahan proses undang-undang, pada masa yang sama mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan persepsi campur tangan atau keberpihakan," kata mereka.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Isteri billionaire minta tolong orang ramai menderma?

Dad and Kids