Selepas Kiandee, Mas Ermieyati digantung tak bertali?
Nak sertai parti lain pun tak boleh kot
Media hari ini melaporkan Ketua Srikandi BERSATU, Datuk Mas Ermieyati Samsudin digantung keahlian parti selama dua penggal kerana melanggar perlembagaan dan kod tatakelakuan.
Seperti dipetik Harian Metro, notis penggantungan berkenaan dikongsi Ahli Parlimen Masjid Tanah itu sendiri menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya, hari ini.
Menurut notis penggantungan yang dikongsikan Mas Ermieyati, beliau dikenakan tindakan kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan dan Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.
"Akhirnya saya digantung. Setakat itu sahaja lembaga disiplin mampu bagi.
"Bagi saya, syukur Alhamdulillah. #Reset all the way," katanya menerusi hantaran itu.
Terdahulu, Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee turut digantung keahlian parti selama dua penggal berkuat kuasa hari ini.
Kiandee dan Mas Ermieyati adalah antara individu yang menghadiri satu perhimpunan menyokong Datuk Seri Hamzah Zainudin pada 14 Februari lalu, sehari selepas bekas timbalan presiden parti itu dipecat.
Hamzah sebelum ini melancarkan gerakan "Reset" bagi mengamalkan prinsip-prinsip yang diketengahkan gerakan berkenaan dan disifatkannya sebagai asas untuk pembetulan, penambahbaikan serta pengukuhan kekuatan negara secara kolektif.
Dalam surat penggantungan itu, mereka turut dilucutkan semua jawatan dan tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan bagi pihak parti sehingga tempoh penggantungan tamat.
Mereka bagaimanapun boleh mengemukakan rayuan kepada lembaga rayuan dalam tempoh 14 hari.
Sebelum ini, kedua-duanya menerima surat tunjuk sebab daripada lembaga disiplin parti berhubung beberapa dakwaan.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.







Comments
Post a Comment