Mahkamah perintah Anwar bayar RM50,000 kepada Yusoff Rawther

Media di Malaysia dan sebahagian media di luar negara hari ini melaporkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik rayuan bagi merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan, antaranya sama ada Perdana Menteri mempunyai imuniti daripada tindakan saman.

Berita Harian berkata rujukan persoalan undang-undang itu adalah berkaitan saman sivil yang difailkan bekas penyelidiknya, Encik Muhammed Yusoff Rawther, berhubung satu insiden yang berlaku sebelum Anwar menjadi Perdana Menteri, lapan tahun lalu.

Pada prosiding di Mahkamah Rayuan, hari ini, peguam Anwar, Encik Sanjay Mohan memaklumkan bahawa pihaknya memohon untuk menarik balik rayuan itu dan sudah memaklumkan kepada responden.

Panel yang dipengerusikan Datuk Wong Kian Kheong, yang bersidang bersama-sama Datuk Azmi Ariffin dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Latifah Mohd Tahar kemudian membatalkan rayuan berkenaan.

Panel turut memerintahkan Anwar membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Muhammed Yusoff, yang perlu dibayar sebelum jam 5 petang pada 6 April ini.

Kian Kheong berkata, alasan mengapa mahkamah memerintahkan jumlah kos itu ialah antaranya, terdapat dua permohonan interlokutari difailkan dalam rayuan berkenaan, iaitu penggantungan bicara di Mahkamah Tinggi sementara menunggu rayuan dan permohonan perayu (Anwar) untuk memfailkan rekod rayuan tambahan.

"Selain itu, rayuan berkenaan juga membabitkan lapan persoalan Perlembagaan yang berkaitan dengan kepentingan awam.

"Persoalan ini juga berkaitan kekebalan Perdana Menteri, dan ia adalah persoalan penting. Hujahan yang lengkap juga telah difailkan oleh peguam responden.

"Selain itu, terdapat juga enam pengurusan kes di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan," katanya.

Pada 4 Jun tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar bagi merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan, antaranya sama ada Perdana Menteri mempunyai imuniti daripada tindakan saman.

Anwar memohon Mahkamah Persekutuan menjawab persoalan, termasuk sama ada mengikut Perkara 39, 40 dan 43 Perlembagaan Persekutuan, seorang perdana menteri yang sedang memegang jawatan, menikmati kekebalan terhad daripada tindakan saman berhubung dakwaan perlakuan peribadi yang berlaku sebelum pelantikan beliau.

Hakim Puan Roz Mawar Rozain menolak permohonan Anwar selepas mendapati persoalan yang dikemukakan adalah bersifat spekulatif dan tidak perlu bagi pelupusan kes saman berkenaan serta tidak membabitkan tafsiran atau kesahan mana-mana peruntukan Perlembagaan.

Roz Mawar dalam keputusannya berkata, tindakan sivil tidak membentuk suatu kehilangan kebebasan mengikut Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan (hak kepada nyawa dan kebebasan diri) seperti dibangkitkan Anwar dalam permohonannya.

Beliau berkata, Anwar selaku defendan masih bebas dengan kapasiti undang-undang penuh dan perlindungan prosedur yang tersedia, oleh itu Perkara 5(1) tidak terbabit dan tidak perlu ditafsirkan dalam permohonan itu.

Terdahulu, Sanjay mencadangkan kos yang perlu dibayar anak guamnya susulan penarikan balik rayuan itu, sebanyak RM15,000.

Bagaimanapun, Peguam Encik Muhammad Rafique Rashid Ali, mewakili Muhammed Yusoff berkata pihaknya memohon kos RM150,000 atas alasan ia membabitkan penukaran peguam cara, pembaziran masa mahkamah, selain kes itu sepatutnya dibicarakan secara penuh bermula pada Jun tahun lalu.

"Pihak kami juga memfailkan hujahan bertulis berkaitan lapan persoalan perlembagaan dan mohon mahkamah menghantar satu mesej yang jelas agar tidak berlaku pembaziran masa dan kos mahkamah," katanya, seperti dipetik akhbar Berita Harian.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Isteri billionaire minta tolong orang ramai menderma?

Dad and Kids