Khairy Jamaluddin memang dah lama ahli kelab kaki bodek


LEBIH SUDU DARI KUAH

Nampaknya Khairy Jamaluddin sekali lagi cuba mempamerkan "kebijaksanaan" politiknya di media sosial dengan kritikan yang kononnya pedas terhadap pembangkang.

Dia menggunakan istilah 'stupid and incompetent' dalam kritikan tersebut.

Namun, jika peluru Khairy ditala khusus ke arah PAS, dia sebenarnya telah melakukan satu kesilapan besar dalam analisis kerana mengukur sebuah gergasi yang berpaksikan prinsip dengan pembaris kecil seorang politikus.

Jika Khairy mengukur keberkesanan "in-waiting government" (baca: PAS) hanya dengan skala parti politik konvensional yang kemaruk publisiti, maka dia telah gagal total.

PAS bukan sebuah entiti yang lahir daripada hasutan jalanan didorong rasa tidak puas hati individu atau kumpulan tertentu yang perlu melatah setiap kali ada isu semata-mata untuk kekal relevan.

Menganggap keengganan PAS untuk "menyalak" mengikut rentak media sebagai satu tanda tidak kompeten adalah satu penghinaan kepada jutaan ahli dan penyokong di peringkat akar umbi yang bergerak atas keyakinan, bukan atas dasar rating audio siar.

Mungkin juga serangan melulu itu hanyalah sebuah gimik murahan Khairy untuk membuka gelanggang perhatian sempena kembalinya dia ke pangkuan Umno. Adakah dengan membelasah pembangkang, Khairy berharap karpet merah akan dibentangkan buatnya?

Jika itu tujuan Khairy, maka analisisnya terhadap PAS bukan sahaja terpesong, malah kelihatan seperti sebuah percubaan terdesak untuk menempatkan diri semula dalam arus perdana politik negara.

Apa yang pasti, PAS tidak akan sesekali meloncat dan menari mengikut paluan gendang yang dipalu oleh Khairy. PAS mempunyai garis masa dan strategi yang tuntas, padu, dan tidak terikat dengan cita rasa populariti sementara.

Biarlah Khairy terus dengan ulasan-ulasan berlapik bahasa Inggerisnya yang gah di telinga tetapi kosong di jiwa marhaen.

PAS pula tetap akan bergerak atas prinsip yang tidak akan goyah hanya kerana ulasan audio siar seorang ahli politik yang masih tercari-cari tapak untuk dipijak semula.

Jangan sombong mendidik sang nakhoda jika anda sendiri masih terumbang-ambing mencari pelabuhan.


Adaptasi dari tulisan asal MOHD AZWAN ZAINUDIN, pemegang ijazah sumber manusia dan pascaijazah pentadbiran perniagaan, serta menjadi aktivis kemasyarakatan. Pertama kali disiarkan Malaysiakini pada Jumaat, 27 Mac 2026.


End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Adaptasi oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Isteri billionaire minta tolong orang ramai menderma?

Dad and Kids