Jika Iran tarik diri Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear, kestabilan keamanan dunia boleh terjejas teruk
NAMPAKNYA, IRAN AKAN BUAT APA SAHAJA BAGI MEMPERTAHANKAN NEGARA
Kemungkinan Iran menarik diri daripada Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) sedang dibincangkan di Tehran, agensi berita rasmi Malaysia Bernama merujuk laporan Anadolu Ajansi (AA), yang memetik laporan media Iran pada Sabtu, 28 Mac 2026.
Badan kerajaan berkaitan, termasuk parlimen, kini giat mempertimbangkan penarikan diri, lapor Agensi Berita Tasnim separa rasmi Iran.
Dalam catatan di X, seorang pemimpin, Encik Malek Shariati berkata "rancangan kecemasan untuk menyokong hak nuklear" Iran mempunyai tiga bidang utama.
Ini termasuk pengisytiharan penarikan diri daripada NPT, pembatalan undang-undang tindakan balas dalam melaksanakan perjanjian nuklear Iran 2014 dan sokongan untuk perjanjian antarabangsa baharu dengan negara-negara yang sependapat bagi pembangunan teknologi nuklear yang aman, termasuk Shanghai dan blok BRICS Brazil, Rusia, India, China, Afrika Selatan dan lain-lain.
Kemungkinan penarikan diri itu timbul susulan seluruh wilayah dalam keadaan berjaga-jaga sejak Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan udara ke atas Iran pada 28 Februari, yang telah membunuh lebih 1,340 orang, termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu Ayatollah Ali Khamenei.
Walaupun penganalisis berkata AS tidak jelas objektifnya dalam perang berkenaan, Washington telah lama membantah Iran memperkaya bahan nuklear kepada gred senjata.
Iran bertindak balas terhadap serangan itu dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan pangkalan tentera AS.
Konflik menyebabkan kematian, kerosakan infrastruktur dan gangguan pada pasaran global dan penerbangan.
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment