Isham Jalil masih terlena di bawah ketiak Najib
Isham Jalil perlu terima hakikat rekod rasuah UMNO melibatkan dana awam amat teruk dan keji, berbanding DAP yang jauh lebih bersih
Pendirian Isham memusuhi DAP secara membabi buta sukar difahami — adakah dia mahu UMNO terus hapak, haprak dan busuk?
Tadi wartawan tanya saya lagi berkenaan pelawaan Zahid Hamidi untuk ahli UMNO yang dipecat kembali masuk UMNO dan Rumah Bangsa.
Jawapan saya ialah, Rumah Bangsa UMNO itu masih dalam kerangka kerajaan Madani kerana UMNO masih lagi terus bekerjasama dengan DAP. Mereka masih takut untuk keluar kerajaan dan tinggalkan jawatan. Saya tidak rasa parti-parti Melayu akan ikut ajakan mereka untuk masuk Rumah Bangsa Madani selagi mereka sokong DAP dalam kerajaan. Tidak ada parti Melayu yang akan ikut masuk Rumah Bangsa kamu untuk terus sokong DAP berkuasa, itu tidak masuk akal. You can’t have it all nor have the cake and eat it too.
Saya lihat UMDAP akan kalah teruk dalam pilihanraya dan mereka kini terdesak. Selama ini mereka gadai maruah untuk jawatan bersama DAP. Kini mereka perlu bayar kifarah ini. Mereka tidak boleh harapkan rakyat untuk percaya mereka lagi dengan mengubah haluan kononnya untuk penyatuan setiba musim pilihanraya. Siapa boleh jamin selepas pilihanraya mereka tidak akan sokong Anwar dan DAP semula.
Jika Zahid ikhlas mahu orang-orang yang dia pecat dan gantung masuk semula UMNO, dia perlu turunkan ego dia dan pergi jumpa mereka yang dia pecat dan gantung itu dan minta maaf kepada mereka, bukan suruh orang-orang yang dia pecat dan gantung itu pergi menghadap dia apabila dia kini terdesak dan kecewa UMNO kehilangan sokongan menjelang pilihanraya dan ingin menjilat kembali ludah dia dan meminta nyawa. Saya saran dia pergi jumpa Hishamuddin, KJ, Shahril dan lain-lain yang dia pecat, gantung dan hina dulu dan minta maaf kepada mereka sebelum jemput mereka masuk UMNO semula jika mereka mahu. Kamu yang pecat dan gantung mereka dulu, kini kamu perlukan mereka oleh itu kamu perlu rendah diri dan tidak boleh ego.
As for me, tidak perlu jemput atau datang jumpa saya sebab saya sudah beberapa kali beritahu yang selagi dia bekerjasama dengan DAP saya tidak akan masuk UMDAP. Period. Tidak perlulah tanya saya banyak kali soalan ini kerana jawapan saya tetap sama. Terima kasih dan selamat berpuasa.
Dipetik dari hantaran bekas ahli UMNO, Encik Isham Jalil di Facebook semalam.
End©Permadu
| Adaptasi oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.







Comments
Post a Comment