Hamzah main belakang?


Zahid Hamidi PM, Hamzah Timbalan PM?


Patutlah Muhyiddin bengang


Semalam, Sinar Harian menyiarkan berita hasil wawancara eksklusif akhbar itu dengan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), lebih dikenali sebagai Bersatu.

Wawancara yang diadakan kelmarin, Isnin 2 Mac 2026, antara lain, menekankan bahawa gerakan dalaman untuk merosakkan dan memecah-belahkan parti yang didakwa dilakukan oleh bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin menjadi punca utama pemecatannya daripada parti itu.

Muhyiddin berkata, Hamzah juga didakwa individu yang bertanggungjawab mengadakan pertemuan secara senyap dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi tujuan rundingan tanpa pengetahuan serta kebenaran parti.

Menurut beliau, terdapat banyak kesalahan lain yang dilakukan sehingga Lembaga Disiplin parti terpaksa mengambil tindakan drastik bagi mengelakkan masalah itu daripada terus berlaku dan merebak.

“Kesalahan dia banyak, bertimbun sebab tu dibawa ke Lembaga Disiplin, setahu saya. Saya fikir tak wajar nak pergi teliti (beritahu) satu persatu sebab sudah ada keputusan, atas asas yang kukuh kenapa tindakan tu diambil.

Langkah Bangkok

“Kalau saya nak jelaskan, contoh satu bila Datuk Zahid Hamidi dalam satu perhimpunan pernah buat kenyataan bahawa dia sudah berjumpa dan berunding dengan Pas dan Bersatu. Ada yang kaitkannya Bangkok Move or something like that.

“Dalam kumpulan chat tu saya tanya: Who meet Zahid? Siapa jumpa Zahid? Siapa jumpa? Tak terjawab tapi saya ada maklumat yang sahih, Hamzah jumpa Zahid. Dalam parti kita ni, ada disiplin, ini isu besar,” tegas Muhyiddin yang pernah dipecat UMNO di bawah era perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Tambah Muhyiddin lagi, isu pemecatan Hamzah dan beberapa pemimpin Bersatu yang lain bukanlah soal mempersoalkan kepimpinannya tapi ia lebih besar.

Jelasnya, ia menyentuh isu-isu berkaitan perlembagaan parti, menimbulkan keadaan ketidaktenteraman dalam parti, soal merenggangkan hubungan antara pimpinan di peringkat tertinggi hingga ke akar umbi serta gerakan-gerakan yang agak terancam.

“Dia tak boleh pergi memandai-mandai ikut kepala siapa sekalipun atau tujuan apa, tanpa ada mandat dan tak ada kebenaran ataupun tidak diluluskan oleh majoriti. Memandai-mandai nak pergi untuk apa?

“Kalau untuk kebaikan, beritahu kepada saya sebagai Presiden tak? Ini bukan perkara kecil.

“Rupanya dia ada perancangan nak bentuk gabungan, dia jadi DPM (Timbalan Perdana Menteri), yang ni jadi PM, tak tahulah macam-macam cerita.

“Ini boleh main-main ke? That one particular thing alone is a very serious matter, tak usahlah campur yang lain-lain lagi. Minta maaflah, saya tak boleh jelaskan tapi sebabnya munasabah dan pihak lembaga disiplin dah bertindak atas dasar maklumat yang dia dapat,” Muhyiddin memberitahu akhbar berkenaan.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Isteri billionaire minta tolong orang ramai menderma?

Dad and Kids