Boleh saja jemput awak di lapangan terbang, cuma saya rasa lebih baik awak tak payah datang
Keadaan tidak begitu baik di sini. Trafik sesak pada kebanyakan masa. Jadual saya tidak berjalan seperti yang dirancang.
Tolong jangan disalah tafsir. Saya juga menghadapi kesukaran untuk mengisi semula petrol di sini.
Buatlah keputusan sendiri. Sekiranya awak masih memutuskan untuk datang, saya akan jemput awak Sabtu ini.
Maka bolehlah awak ikut saya, menjadi pemandu kedua dalam perjalanan dan pengembaraan ini sehingga ke garisan penamat.
Sekurang-kurangnya, saya tidak keseoranganđź’ť.
Cuti awak sudah diluluskan?
Sepucuk surat kiriman penulis yang tidak dikenali. Gambar hiasan semata-mata.
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.






Comments
Post a Comment