Bila terkena batang hidung sendiri, oh itu perkara biasa
Melobi pembebasan Anwar sampai ke Amerika, itu perkara biasa, kata peguam Sivarasa, selepas emel bocor
Peguam yang mewakili Toh Puan Na’imah Abdul Khalid menafikan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keluarganya menggunakan pelan perhubungan awam melibatkan “jurubank” dan “Zionis” untuk cuba mensabotaj negara.
![]() |
Dalam satu kenyataan semalam, mereka berkata pelan komunikasi yang disediakan pada Ogos tahun lalu merupakan strategi pengurusan krisis yang lazim berikutan siasatan berterusan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap keluarga bekas menteri kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin.
Menurut mereka, pegawai bank hanya disebut dua kali dalam pelan tersebut, iaitu dalam konteks memberi jaminan bahawa siasatan SPRM tidak menjejaskan kelayakan kredit Na’imah.
“Dakwaan Anwar bahawa Zionis terlibat adalah lebih tidak masuk akal. Tidak ada satu perkataan pun mengenai Zionisme atau Israel atau apa-apa yang berkaitan dengannya dalam keseluruhan pelan komunikasi itu,” kata mereka.
Terdahulu, Anwar semalam dilaporkan berkata individu yang terkait dengan cubaan mensabotaj kerajaan didakwa mempunyai kaitan dengan kelompok Zionis terkemuka.
Anwar berkata, cubaan tersebut bukan sahaja menggunakan media antarabangsa tetapi juga pegawai bank bagi menjejaskan kedudukan ekonomi negara.
Anwar berkata demikian merujuk kepada kebocoran dokumen setebal 13 halaman yang difahamkan sebagai “pelan komunikasi” disediakan pada Ogos tahun lalu, dipercayai sebahagian daripada usaha keluarga Daim Zainuddin untuk mempertahankan reputasinya susulan tindakan undang-undang oleh SPRM.
Pelan tersebut, yang dirancang untuk tempoh dua tahun sehingga pilihan raya umum akan datang, menggariskan strategi yang dilihat bertujuan mencabar naratif kerajaan dengan membingkaikan prosiding undang-undang terhadap Daim dan keluarganya sebagai serangan bermotif politik, dan bukannya usaha membendung rasuah yang sah.
Dalam satu bahagian berkaitan “taklimat latar belakang dengan media antarabangsa utama”, dokumen itu menyatakan langkah berkenaan disediakan bagi “membantu membentuk perspektif mereka mengenai Malaysia/mempengaruhi pengarangannya”.
Antara agensi media yang dinamakan dalam “senarai sasaran” pelan itu ialah BBC, Financial Times, The Economist, The Times dan The New York Times.
Undang tindakan undang-undang
Mengulas lanjut, Rajesh dan Sachpreetraj memberi amaran bahawa walaupun kenyataan yang dibuat di Parlimen dilindungi imuniti, sebarang pengulangan dakwaan yang didakwa berunsur fitnah di luar Dewan boleh mengundang tindakan undang-undang.
Mereka turut menggesa tindakan diambil oleh Dewan Rakyat terhadap Anwar kerana didakwa mengelirukan Parlimen, sambil menegaskan perkara itu lebih serius memandangkan kedudukannya sebagai perdana menteri.
Selain itu, mereka turut mempersoalkan tindakan dwistandard atau 'pilih kasih' Anwar, dengan merujuk laporan bahawa dia pernah melantik sebuah firma di Amerika Syarikat untuk memberi tekanan terhadap perdana menteri sebelum ini, Najib Razak.
Kelmarin, Isnin 2 Mac 2026, MalaysiaNow melaporkan e-mel bertarikh 2016 yang melibatkan pemimpin kanan PKR, yang menggambarkan kerjasama parti itu dengan pihak asing, termasuk firma guaman dan perunding politik berpangkalan di Washington.
Kerjasama itu didakwa bertujuan bukan sahaja membersihkan nama Anwar ketika dia sedang menjalani hukuman penjara atas kes liwat, malah mencari jalan untuk mempengaruhi Rumah Putih supaya memberi tekanan politik terhadap kerajaan Najib yang ketika itu dilanda skandal kewangan global 1MDB.
Laporan tersebut menamakan anak Anwar, Nurul Izzah Anwar, dan ketua biro undang-undang PKR, Sivarasa Rasiah, sebagai antara penerima e-mel daripada seorang peguam yang dikaitkan dengan entiti Amerika Syarikat itu, namun tidak menyatakan sama ada mereka membalas komunikasi berkenaan.
Sivarasa, dalam reaksinya, berkata terdapat e-mel pada 2016 antara dia, pemimpin PKR lain dan ketua Perseus Strategies, Jared Genser.
Namun, dia menegaskan bahawa usaha melobi bagi membebaskan tahanan politik adalah perkara biasa dan “sepenuhnya boleh diterima”.
Dia berkata pada masa e-mel itu dihantar, penahanan Anwar berhubung tuduhan liwat kedua sudah pun dirujuk kepada Kumpulan Kerja PBB mengenai Penahanan Arbitrari.
Dakwaan plot untuk jatuhkan kerajaan
Minggu lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Ismail, berkata polis sedang menyiasat dakwaan wujudnya plot untuk memberi tekanan ke atas Anwar dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
Menurut Khalid, plot itu melibatkan seorang “individu berpengaruh” yang menggunakan saluran media antarabangsa. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, berkautan aktiviti yang dianggap memudaratkan demokrasi parlimen dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.
Na’imah menafikan sebarang cubaan untuk menjatuhkan kerajaan.
Dia juga menolak dakwaan terlibat dalam laporan Bloomberg yang mendakwa pegawai SPRM bersekongkol dengan individu swasta untuk menekan pesaing perniagaan dan merancang pengambilalihan korporat, dengan Azam didakwa mengetahui dan menyokong tindakan itu.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

.jpg)








Comments
Post a Comment