Atas kertas, Iran memang tak mampu menyerang balas—Tunggu dan lihat

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatullah Seyyed Ali Khamenei, terbunuh dalam serangan AS-Israel semalam, media Iran mengesahkan.

"Dengan nama Tuhan, jiwa mulia Imam Khamenei, pemimpin negara gemilang Iran, pejuang kebebasan sejagat dan dunia Islam, telah melangkah ke syurga tertinggi dan mencapai hasrat yang lama didambakan, iaitu syahid di bulan suci Ramadan," kata pengumuman yang disiarkan saluran televisyen rasmi Iran.

"Hari ini, Iran, seluruh dunia Islam dan pejuang kebebasan bersedih atas serangan jahat penjenayah Amerika dan Zionis," katanya, sambil menambah kematiannya hanya akan menguatkan tekad negara itu untuk terus mempertahankan diri daripada serangan AS-Israel.

"Tidak dinafikan, kesyahidan seorang personaliti yang begitu hebat akan mencetuskan kebangkitan besar-besaran melawan penindas dunia," katanya. Anak perempuan, menantu dan cucu Khamenei turut terbunuh dalam serangan tersebut.

Kerajaan Iran telah mengisytiharkan 40 hari berkabung awam.

Pengesahan kematian beliau dikeluarkan beberapa jam selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan Presiden Donald Trump mengumumkan Khamenei terbunuh dalam serangan udara bersama AS-Israel.

Trump berkata ulama tertinggi Iran itu "tidak dapat mengelak perisikan dan sistem penjejakan yang sangat canggih".

Menurut kenyataan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC), "kesyahidan Khamenei di tangan pengganas dan pembunuh paling kejam telah mengesahkan keabsahan pemimpin hebat ini dan amalan ikhlasnya diterima".

"Tangan berdendam negara Iran... tidak akan melepaskan mereka," IRGC dipetik oleh agensi berita Fars, seperti dilaporkan Al Jazeera.

IRGC akan berdiri "teguh dalam menghadapi konspirasi tempatan dan asing," menurut kenyataan itu.

Dalam reaksinya, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyatakan solidariti kepada kerajaan dan rakyat Iran.

"Pemergiannya bukan sekadar kehilangan seorang pemimpin negara, ia adalah detik yang akan bergema di seluruh dunia Islam dan masyarakat antarabangsa.

"Mapim dengan tegas menyatakan bahawa AS dan Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas pembunuhan ini dan sebarang akibat yang timbul daripada peningkatan konflik, penderitaan manusia, ketidakstabilan serantau, dan ancaman terhadap keselamatan global yang bakal menyusul," kata Presiden Mapim, Encik Mohd Azmi Abdul Hamid.

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang turut merakamkan takziah.

"Seluruh dunia perlu bersatu mengutuk Amerika Syarikat dan Israel yang pengecut dan bukan sahaja merupakan dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di rantau Timur Tengah," katanya.

Dalam kenyataan berasingan, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut mengutuk serangan AS-Israel itu.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memuat naik kenyataan bersifat umum tanpa merujuk secara khusus kepada kematian Khamenei mahupun serangan AS dan Israel, mengatakan rakyat Malaysia "mendoakan kesejahteraan umat Islam dan semua masyarakat yang terkesan" di Timur Tengah.

Pengganti Khomeini

Khamenei dilantik sebagai pemimpin tertinggi selepas kematian Ayatullah Khomeini pada 1989, pemimpin berkarisma dan pengasas Revolusi Islam 1979 yang menggulingkan Shah Reza Pahlavi, raja terakhir Iran yang didokong AS.

Ketika menjawat sebagai presiden, Khamenei bertanggungjawab mengemudi negara itu ketika peperangan lapan tahun dengan Iraq, jirannya yang ketika itu diperintah Presiden Saddam Hussein dan menerima bantuan senjata AS serta kuasa Barat.

Pemergian Khamenei merupakan yang terbaharu dalam siri kematian pemimpin tertinggi dan sekutu rapat Iran dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Mereka termasuk Encik Qasem Soleimani, salah seorang jeneral Iran paling dihormati, yang terbunuh dalam serangan dron AS di Iraq pada 2020.

Pada Mei 2024, Presiden Ebrahim Raisi dan beberapa menteri kanan terbunuh dalam nahas helikopter.

Ia diikuti dengan pembunuhan pemimpin Hamas, Encik Ismail Haniyeh, dalam serangan roket oleh Israel di Tehran dua bulan kemudian, dan selepas itu pembunuhan pemimpin Hizbullah, Encik Hassan Nasrallah, susulan pengeboman Israel di Lubnan.

Khamenei, 86, dilahirkan di bandar Mashhad, dan merupakan antara individu yang paling rapat dengan Khomeini serta memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan Revolusi Islam 1979.


Adaptasi dari artikel asal terbitan MalaysiaNow siaran semalam, Ahad 1 Mac 2026.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Isteri billionaire minta tolong orang ramai menderma?

Dad and Kids