Aksi lucah di kubur Cina

Gambar hiasan

Agensi berita rasmi Malaysia Bernama melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan dua individu selepas dipercayai terlibat dalam perbuatan lucah di sebuah tanah perkuburan di Batu Gantung, Air Itam, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki warga tempatan berumur 69 tahun mengenai satu video tular di media sosial yang memaparkan kelakuan tidak senonoh sepasang lelaki dan wanita di tanah perkuburan Cina.

Beliau berkata hasil siasatan awal menunjukkan ia berlaku pada 22 Mac lepas dengan kedua-dua individu yang terlibat disyaki merupakan warga tempatan.

"Suspek pertama iaitu wanita berumur 37 tahun ditahan semalam kira-kira 8.35 malam di sebuah flat berhampiran Jalan Padang Tembak, di George Town.

"Suspek kedua pula, lelaki berusia 58 tahun, ditahan hari sama kira-kira 11.10 malam di hadapan sebuah bangunan berhampiran Jalan Paya Terubong, Bayan Lepas dekat sini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Rozak berkata kedua-dua suspek berkenaan mengaku terlibat dalam kejadian itu dan direman tiga hari bermula hari ini hingga 26 Mac bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 294(a) dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, tular video berdurasi 38 saat yang memaparkan pasangan berkelakuan tidak senonoh di sebuah tanah perkuburan dan ia dirakam seorang wanita yang turut menegur pasangan berkenaan dengan memberi amaran akan melaporkannya kepada polis.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Isteri billionaire minta tolong orang ramai menderma?

Dad and Kids