Negara ini mesti diselamatkan dari angkara durjana rasuah yang merebak menyeluruh, tegas Anwar

Anwar Ibrahim: Tak perlu gantung tugas Azam Baki, siasat dulu

Awal semalam, kerajaan mengumumkan penubuhan satu pasukan petugas khas bagi menyiasat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata keputusan itu dicapai susulan mesyuarat kabinet yang berlangsung semalam.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi mengumumkan jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, yang akan melapor kembali kepada kabinet untuk tindakan lanjut.

Apabila disoal sama ada penggantungan Azam ada dibangkitkan, Fahmi menyatakan perkara tersebut tidak dibincangkan semasa mesyuarat.

Ketua Setiausaha Negara dijangka mengumumkan butiran lanjut mengenai pasukan petugas dan skop siasatannya.

Di sebelah tengahari pula, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan tiada keperluan untuk Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berehat daripada mengetuai badan itu, susulan kontroversi pemilikan saham mengaitkannya.

Anwar sebaliknya mahu pasukan petugas khas yang telah dibentuk untuk menyiasat dan menilai terlebih dahulu isu berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan lanjut.

"Sekarang biar (pasukan petugas khas) kaji dulu kes, kena tahu dulu apakah serius, apakah ada asas, baru kita maju (dengan tindakan selanjutnya).

"Jangan oleh kerana kita menjadi mangsa (siasatan SPRM), tertekan, terus nak guna (isu) ini untuk tekan (Azam), baru pagi tadi (semalam) kita bincang (isu ini)," katanya ketika ditanya pemberita berhubung sama ada Azam patut direhatkan daripada SPRM atau tidak.

Anwar berkata demikian ketika ditemui media selepas menunaikan sembahyang Jumaat di surau Pusat Islam, Jabatan Pengajian Islam, Politeknik Shah Alam.

Untuk rekod, Anwar telah melanjutkan tempoh perkhidmatan Azam sebanyak tiga kali meskipun pernah dikritik oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Perdana Menteri juga konsisten mempertahankan Azam, sebelum ini memuji "keberanian luar biasa beliau dalam menangani rasuah peringkat tinggi" serta mewajarkan pelanjutan tempoh perkhidmatan kali ketiga buat beliau.

Ahli Parlimen Tambun, Perak itu juga bertindak pantas mempertahankan Azam apabila kontroversi pegangan saham itu muncul, dengan menggesa semua pihak untuk membaca penjelasan Ketua Pesuruhjaya tersebut. 

Sementara itu, Anwar berkata dia tidak mahu isu yang terkait dengan Azam menganggu tugas yang dijalankan SPRM.

"Saya tak mahu ini mengganggu peranan SPRM keseluruhannya, kerana tentunya ada usaha-usaha untuk mengekang terutama bila mereka (SPRM) ambil tindakan tegas dan keras terhadap perasuah.

"...SPRM jangan peduli tentang pandangan-pandangan lain, dia (SPRM) mesti jalan tugas dia dengan berani dan tegas, negara ini mesti diselamatkan dari angkara durjana rasuah yang merebak menyeluruh," katanya, seperti dipetik Malaysiakini.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia 
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. 

Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

It happens everywhere—Not only in our country

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan