Biar semua PM dan bekas PM masuk penjara, kata pempengaruh
![]() |
| Encik Daniel Jani, Pempengaruh Politik Sarawak |
KENAPA PKR TERLALU RAMAI MUSUH? ANWAR GAGAL KAWAL PARTI. PEMIMPIN PKR TIDAK AJAR AHLI SIAPA MUSUH SEBENAR PADA CEPLOS & AHLI. ADAKAH ANWAR KEKAL JADI PM SELEPAS PRU16?
PKR lemah kerana bercakar sesama sendiri
1. Dalam parti PKR sendiri sampai hari ini masih bercakaran dari pemilihan parti sampai hari ini. Kem Rafizi dan Kem Nuzul Izzah. Perbalahan yang saling menyerang akhirnya PKR semakin lemah. Sokongan rakyat menurun sebab terlalu ramai pentaksub dari kedua pihak. Siapa yang rugi? Siapa yang untung? Yang rugi adalah PKR bukan Rafizi? Tapi Anwar dan PKR rugi total.
Kemungkinan PKR gulung tikar
2. Seperti yang saya katakan kamu hentamlah Rafizi sampai lumat beliau tak akan rugi. Rakyat dan pengundi atas pagar ramai suka dan setuju cara real reform yang ada pada sosok Rafizi. Rafizi ni geng ceplos PKR nak hentam atau nak guna cara kuku besi atuk cari salah laku dia sebelum ini untuk jatuhkan beliau Rafizi makin menambahkan sengsara PKR. Kamu guna lah kuasa yang ada hari ini untuk jatuhkan Rafizi beliau jatuh 1 orang tapi PKR akan gulung tikar rakyat humban.
SPRM siasat Rafizi
3. Ambil contoh sekarang SPRM siasat Rafizi salah atau tak tetap macam tu lah Rafizi. Rafizi salah atau tak Rafizi tak akan rugi. Tapi jika Rafizi tak bersalah PKR dan PH akan rakyat tolak sampai jatuh. Silap gaya Anwar pun boleh hilang sokongan rakyat. Rafizi yang kamu orang hentam yang kamu orang balun atau pun nak cari salah Rafizi tak akan bawa untung pada PKR. Jika ada untung nanti bagi tau saya di bawah sila buat komen. Jika kata sebab Rafizi hentam PKR maka kami pertahankan sebab antaranya beliau hentam presiden PKR. Kamu orang lupakah Rafizi tu ahli parlimen PKR kau orang siapa?
Rakyat hilang harapan jika PKR sendiri hendak jatuhkan Rafizi
4. Kalau Rafizi hampir 30 tahun pun kau orang ceplos kau orang PKR buatkan macam sampah apalagi orang lain. Orang paling kanan dalam PKR kau orang tak ada rasa hormat apalagi orang lain. Jika orang macam Rafizi pun Anwar caturkan untuk jatuh. Maka tiada lagi harapan rakyat pada parti yang konon parti rakyat.
Musuh PKR bukan Rafizi
5. Musuh PKR adalah bukan Rafizi. Sasaran PKR terlalu tersasar focus serang orang parti yang lantang seperti Rafizi. PRN melaka adakah PKR nak ceramah tentang Rafizi terlibat RM1.1 billion? Adakah PRN melaka PKR lawan Rafizi? Lawan PKR adalah UMNO-BN. Hari ini secara halus orang UMNO-BN seperti jentera mereka dah mula hentam Rafizi seperti Wan Hussain. Tujuannya untuk apa? Orang PKR bodoh bertepuk tangan tapi PKR tak tau senjata makan tuan. PRN Melaka PKR akan di lanyak oleh UMNO secukupnya. DAP & Amanah akan jadi mangsa kebodohan PKR serang Rafizi. Akhirnya telur ayam lagi di Melaka. Belum di Johor dan Sarawak.
PKR jangan syok sendiri
6. Contoh di atas adalah supaya geng PKR kena tau. Musuh kamu PKR adalah GPS,UMNO-BN dan semua komponen gabungan termasuk parti SABAH kecuali GRS. PN tak payah ceritalah. Jadi jangan syok sendiri ingat PKR boleh dapat banyak kerusi. Mana ada parti di atas nak bagi kerusi percuma. PKR sebuk kejar jawatan sebuk pertahankan jawatan. Apa taknya ada yang kontrak 1 tahun 2 tahun 3 tahun. Paling banyak sebuk bodek untuk di sambung jawatan. Kerja di bawah terbiar. Ada yang sebuk bodek untuk tunggu NGO dapat dana. Banyak lagilah. Tunggu duit datang ke Cabang. Jadi pada lari dari perjuangan. Influencer seperti tiktokers sebuk 24 jam buat live tanpa asas. Asyik serang asyik ratip Rafizi. Ada tiktokers atau Influencer yang ada jawatan KC sebuk buat live tak ada pun buat kerja macam Anwar cakap. Ranting dan lain-lain entah ke mana. Sebab apa mereka semua tak tau asas pun politik.
PKR sangat lemah berbanding DAP, GPS,GRS, UMNO, PAS dan Bersatu Versi Hamzah
7. KAMI NAK ANWAR KEKAL PM PRU16: Kami tak nak PAS kami tak nak orang lain PM sebab hanya Anwar mampu buat perubahan. Ratip dalil di ataslah kerja bodoh ahli PKR termasuk geng Ceplosnya.
Tapi mereka ingat kalau hanya Anwar 1 orang menang bolah jadi PM. kekuatan PKR jauh di bawah kekuatan GPS jauh dari kekuatan UMNO-BN apatah lagi parti PAS plus BERSATU. Harapan PKR hanya pada DAP. Tapi kelakuan PKR yang tamak rakus mengejar nafsu serakah buat DAP pun makin muak. PKR dah jadi abang besar di tambah BESAR KEPALA. PKR hari ini jangan di tegur terus melompat. Apalagi kalau ada sesiapa kritik Anwar bukan main lagi semua mengaku merekalah pembela Anwar. Anwar pun memang suka dipuja apalagi dipuji. Anwar sendiri pun ajar yang di bawah seolah kurang ajar. Dengar jawapan dan ceramah Anwar kasar semua. Manakala ahli di bawah ikut lah cara bosnya anwar. Jawab orang maki hamun. Lupa bahawa mereka kerajaan. Mereka ingat mereka pembangkang termasuk Anwar lupa bahawa apapun kritikan rakyat harus jawab dengan nada perlahan dan sopan. Bukan cara kasar dan tak beretika.
Sokongan kepada PKR semakin merosot
8. 1 tahun lebih lagi jika keadaan PKR macam ini maka rakyat tak akan sokong PKR dan akhirnya jadi kerajaan sepenggal. Anwar akan kembali ke bangku kerusi ketua pembangkang. Rakyat tentukan nasib parti atau PM. Saya amat percaya selepas PRU16 GPS Sarawak tidak akan lagi bersama PH. Janji Anwar banyak tak tertunai pada Sarawak apalagi untuk Sabah.
Sokongan pada PKR dan Anwar dari banyak parti dah tiada. Silap gaya seperti saya kata DAP dan Amanah akan tinggalkan PKR. Mungkin akan cari kawan baru. Maka pandai-pandailah kau PKR. Silap gaya sistem yang tak nak Anwar ubah sampai hari ini akan memakan Anwar sendiri terutamanya SPRM, hakim dan beberapa yang lain.
Akhirnya akan berlakulah politik dendam. Siapa jadi pm cari salah sumbat. Tapi ada baiknya biar semua ex PM duduk jel. Biar tiada yang berebut jadi PM.
Sekian dulu sedikit ulasan saya. Terima kasih.
Adaptasi dari hasil tulisan Daniel Jani, Influencer Politik Sarawak, dikongsi di Facebook semalam, Khamis 19 Februari 2026.
End©Permadu
| Adaptasi oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.







Comments
Post a Comment