AJK Masjid dakwa mungkin ada pengalaman kurang menyenangkan di kalangan jemaah wanita
![]() |
| Datuk Mohd Fadzli Yusof, Pengerusi Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Kuala Lumpur |
Akhbar Sinar Harian melaporkan hari ini bahawa Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Kuala Lumpur menafikan dakwaan kononnya masjid itu diboikot susulan satu hantaran tular di aplikasi Threads yang memaparkan suasana lengang ketika waktu berbuka puasa, Ahad lalu.
Pengerusinya, Datuk Mohd Fadzli Yusof berkata, pihak masjid mengambil perhatian terhadap hantaran dimuat naik pengguna akaun drfirdaus_92 pada 22 Februari lalu jam 6.32 petang yang menunjukkan keadaan belum dipenuhi jemaah.
Beliau berkata, hakikatnya jemaah mula memenuhi ruang masjid bermula jam 7 malam dan seperti Ramadan tahun lalu, jumlah kehadiran bagi berbuka puasa tahun ini adalah antara 800 hingga 1,000 orang setiap hari.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Encik Agil Faisal Ahmad Fadzil turut memberi penjelasan berhubung isu tersebut.
Katanya, isu boikot tidak benar namun kemungkinan ada pengalaman kurang menyenangkan dalam kalangan jemaah yang datang ke masjid.
"Bab komen pengalaman kurang menyenangkan di masjid pula, tidak dinafikan mungkin ada.
"Ada yang melibatkan jemaah, ada juga cerita lama malah ada yang lebih 20 tahun dan kebanyakannya datang daripada jemaah muslimat.
"Semua maklum balas ini wajar diteliti dengan baik dan berhemah. Kenyataan rasmi pihak masjid akan dikeluarkan, insya-ALLAH," ujarnya menerusi laman Facebook pada Jumaat.
Dalam masa sama Agil Faisal turut mengucapkan selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadan dan menjemput orang ramai datang iftar dan terawih di masjid tersebut.
"Sejak 1 Ramadan hingga semalam, setiap hari sekitar 1,000 orang berbuka puasa di masjid ini," ulasnya.
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.







Comments
Post a Comment