SPRM tumpu Johor, Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak sebagai negeri mudah terjebak rasuah?

Azam Baki beri amaran kepada semua pengarah SPRM negeri untuk menggunakan pemikiran kreatif dan berkesan dalam melaksanakan tugas

Pakar tangkap ikan jerung, tapi kena pandai pilih sebab bukan semua jerung sedap

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki menyenaraikan lima negeri iaitu Johor, Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak sebagai ‘lombong emas’.

Katanya semalam, istilah itu merujuk kepada negeri yang memerlukan fokus kepada isu ekonomi dan rasuah yang memerlukan campur tangan strategik dalam usaha membantu negara untuk menuju ke arah berpendapatan tinggi.

“Istilah ‘lombong emas’ ini bukan bermaksud kita mahu tangkap orang, tetapi kita mahu melihat isu ekonomi dan isu rasuah yang perlu kita bantu selesaikan.

“Saya dah sebut sebelum ini bahawa peranan SPRM dalam hal kita mencegah rasuah ini sebenarnya untuk membantu mengembangkan ekonomi kita menjadi negara berpendapatan tinggi (to become a high income nation) satu hari nanti.

“Pakar-pakar kata tak lama dah, (sasaran itu dijangka dapat dicapai) 2030 nanti,” katanya ketika menjadi tetamu podcast Kolar Hitam bertajuk ‘Azam 2026 Membawa SPRM Berani & Radikal’, portal berita popular FMT merujuk laporan akhbar Bahasa Melayu Berita Harian.

Sebelum ini, Azam mengumumkan Pelan Strategik SPRM 2026-2030 yang berteraskan pemerkasaan penguatkuasaan berkesan, pencegahan rasuah menyeluruh dan pengurusan yang efektif.

Beliau dilapor berkata, setiap pengarah SPRM negeri dan bahagian diarahkan perlu mengenal pasti risiko rasuah pada peringkat individu, organisasi, sektor, negeri dan negara, selaras realiti corak rasuah berbeza mengikut geografi, budaya serta ekosistem ekonomi setempat.

Dalam pada itu, Azam memberi amaran kepada semua pengarah SPRM negeri untuk menggunakan pemikiran kreatif dan berkesan dalam melaksanakan tugas, bukan sekadar bergantung kepada kaedah rutin.

“Ambil contoh di Kelantan…kalau pengarah tidur, saya pastikan dia kerja 36 jam kerana isu di sana adalah sempadan, pencerobohan hutan dan mineral, yang perlu ditangani.

“Kalau masih buat kerja rutin sama seperti tangkapan kecil di tepi jalan, itu menunjukkan kita (SPRM) tidak efektif,” katanya.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim