Mursyidul Am PAS cadang bersendirian jika konflik dengan Bersatu menemui jalan buntu

Tanpa sokongan material daripada Bersatu, PAS dijangka gagal pertahan rekod jumlah kerusi terbanyak di Dewan Rakyat

Berdasarkan laporan Malaysiakini, Mursyidul Am PAS, Encik Hashim Jasin mencadangkan agar parti itu bergerak solo dalam PRU akan datang jika konflik kepimpinan PN berterusan dan tidak diselesaikan dengan segera.

Hashim berkata dia yakin pendekatan itu akan disambut baik oleh ahli akar umbi PAS, khususnya di Perlis.

"Kalau masing-masing berkeras, kalau tak selesai (masalah), saya kata takkan nak biar, jadi baik bertanding secara solo. Bertanding dulu, selepas itu berdasarkan hasil (PRU), kita rundinglah tubuh kerajaan.

"Kita dah nak hadapi PRU, kalau selesaikan awal (konflik) baguslah," Hashim  dilaporkan berkata ketika dihubungi portal berkenaan hari ini.

Hashim diminta mengulas mengenai pertembungan antara PAS dan Bersatu, khususnya dalam soal pelantikan pengerusi PN.

Ia selepas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Januari lalu susulan krisis kepimpinan kerajaan Perlis.

PAS sebelum ini menegaskan mahu mengambil alih jawatan itu dan menerajui PN, namun sehingga kini hasrat itu belum tercapai.

Terdahulu, sepucuk surat bertarikh 27 Januari yang bocor, memaparkan Muhyiddin menjelaskan Bersatu dan PAS sepakat untuk memansuhkan jawatan pengerusi PN sebagai langkah penstrukturan semula gabungan itu.

Antara lain, Muhyiddin dalam suratnya yang turut dihantar kepada presiden-presiden parti komponen PN, merujuk kepada satu 'kesepakatan' yang didakwa dicapai dalam pertemuan pada 16 Januari dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan pimpinan PAS lain di kediamannya.

Pemilik nama sebenar Mahiaddin itu juga mendakwa persetujuan telah dicapai untuk menubuhkan Majlis Presiden yang diterajui Bersatu dan Majlis Eksekutif yang diketuai PAS, serta memansuhkan jawatan pengerusi PN.

Bagaimanapun, Hadi dalam surat yang didakwa sebagai jawapannya kepada Muhyiddin, menyatakan bahawa apa yang dicadangkan Ahli Parlimen Pagoh itu tidak pernah dibincangkan mahupun dipersetujui.

Malam tadi, pemimpin PAS dilaporkan tidak menghadiri mesyuarat pramajlis yang melibatkan ketua-ketua parti PN yang diadakan di kediaman Muhyiddin.

Sementara itu, Hashim enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai calon pengerusi PN dari PAS.

"Itu biarlah, kita serah kepada PAS Pusat untuk selesaikan," katanya kepada portal berkenaan.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Adaptasi oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim