Hadi tegaskan PAS akan ambil alih jawatan Pengerusi PN
Agensi berita rasmi Malaysia Bernama sebentar tadi melaporkan bahawa Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu kekal menerajui Perikatan Nasional (PN) susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi gabungan itu pada 1 Januari lepas.
Beliau berkata resolusi Muktamar PAS sebelum ini telah meluluskan usul supaya parti itu menerajui gabungan berkenaan.
"Itu resolusi Muktamar PAS untuk (PAS) jadi pengerusi (PN)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, di Marang hari ini.
Belum dapat jemputan mesyuarat rasmi PN
Ditanya mengenai kedudukan Muhyiddin yang masih kekal sebagai pengerusi PN sehingga kini, Abdul Hadi menegaskan tiada keputusan berhubung perkara itu selain menyatakan PAS sudah mempunyai calon untuk jawatan berkenaan.
Dalam pada itu, ahli parlimen Marang itu berkata setakat ini PAS masih belum menerima sebarang jemputan berkenaan mesyuarat rasmi PN bagi membincangkan pelantikan pengerusi PN baru.
Kelewatan mesyuarat bagi pelantikan jawatan Pengerusi PN berpunca daripada urusan pengurusan dan pentadbiran dalam gabungan itu, namun ia dijangka dimuktamadkan dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi.
"Dalam seminggu dua lagi (pelantikan pengerusi PN) dan kita pun dah nak menghadapi pilihan raya,” katanya.
End©Permadu
| Oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
© 2026 Permadu Malaysia
Semua Hak Cipta Terpelihara
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.








Comments
Post a Comment