Kerap sangat tukar peguam saat akhir, kes menjadi lengah
"Permohonan lanjutan masa di saat-saat akhir ini setelah beberapa kali menukar peguam merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah, membazir masa dan kos mahkamah yang mulia ini dan paling utama ia akan mendatangkan prejudis yang nyata kepada pihak anak guam kami." Boleh cetuskan prejudis awam Malaysiakini melaporkan peguam yang mewakili Encik Yusoff Rawther memfailkan bantahan terhadap permintaan terbaru oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk lanjutan masa bagi melantik peguam baru, menuduh presiden PKR itu menyalahgunakan proses mahkamah. Dalam surat bantahan yang didakwa dilihat sendiri oleh portal berita berkenaan, peguam Encik Muhammad Rafique Rashid Ali menyorot bahawa Anwar menunjukkan corak pertukaran peguam pada saat-saat akhir. Rafique mendakwa bahawa pasukan Anwar kemudiannya akan memohon lanjutan supaya peguam baru tersebut boleh memfailkan hujah bertulis baru. Yusoff, yang merupakan bekas pembantu Anwar telah memfailkan saman sivil menuduh ah...