Duda warga asing bincang perniagaan dengan isteri orang dalam bilik hotel

 PENGUAT KUASA JAINJ menyerbu sebuah hotel di Kluang dan menahan isteri orang bersama lelaki warga asing. Gambar JAINJ 

Perbincangan mengenai perniagaan memang memerlukan suasana tenang tanpa gangguan supaya ia dapat ditumpukan dengan lebih fokus.

Banyak juga kita mendengar warga asing menjalankan perniagaan di Malaysia menggunakan nama warganegara Malaysia bagi tujuan pendaftaran dengan SSM, permohonan lesen dengan pihak berkuasa tempatan, pembukaan akaun bank, pinjaman wang dengan bank dan beberapa tujuan lain.

Akhbar dan portal berita sensasi Harian Metro melaporkan berita yang ada kaitan dengan isu ini.

Gagal melarikan diri, seorang lelaki meminta tolong pihak berkuasa agama melepaskan dirinya.

"Tolong lepaskan saya." Itu rayuan seorang duda warga asing yang dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kerana disyaki berkhalwat dengan wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kluang, Johor, awal pagi Rabu, 10 Disember 2025.

Duda dan pasangan masing-masing berusia 50-an itu dicekup dalam operasi pencegahan maksiat dijalankan pada jam 1.20 pagi hasil maklumat dan intipan dijalankan sebelum ini.

Menurut JAINJ, sebaik tiba di hotel terbabit, penguat kuasa mengetuk pintu sebelum seorang lelaki berseluar jeans dan berbaju T membukanya.

"Lelaki ini cuba melarikan diri namun berjaya ditahan penguat kuasa. Dia memberitahu sudah hendak pulang dan datang ke bilik pasangannya kerana mahu menumpang tandas.

"Sebaik memasuki bilik, penguat kuasa menemukan seorang wanita memakai baju dan berkain batik. Pasangan ini mengaku mereka berdua-duaan dan bukan suami isteri serta tiada hubungan mahram.

"Hasil siasatan lanjut, mendapati lelaki ini berasal dari negara jiran dan bekerja di Kluang serta berstatus duda. Wanita pula adalah isteri orang juga menetap dan bekerja di daerah ini.

"Pada masa sama, wanita itu sempat menceritakan hal rumah tangganya di mana dia sudah tidak lagi tinggal bersama suaminya," katanya dalam kenyataan.

Katanya, wanita itu datang ke hotel terbabit dengan menaiki kereta sebelum mendaftar masuk pada jam 8 malam.

Menurutnya, sebelum itu, pasangan terbabit sudah berbincang dan mengatur temu janji dengan lelaki terbabit melalui WhatsApp.

"Lelaki pula datang ke bilik dengan menunggang motosikal pada jam 11 malam. Selain itu, alasan diberikan pasangan itu ialah mereka berbincang mengenai perniagaan.

"Pada masa sama, lelaki itu beberapa kali berunding serta merayu agar dilepaskan, namun penguat kuasa tidak mempedulikannya," katanya.

Susulan itu, katanya, pasangan terbabit dibawa ke balai polis dan mereka akan didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.

End©Permadu

Kunjungi blog Permadu Malaysia di permadumalaysia.blogspot.com

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

A lawyer's personal opinion on Tommy Thomas' controversial book

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Isteri billionaire minta tolong orang ramai menderma?

Dad and Kids