Anwar umpama Mee Rebus Lan Janggut, Mahathir pula Mee Rebus Haji Wahid


Zaid Ibrahim perlu sedar kepimpinan Anwar dijangka akan mewarisi kepimpinan sifu beliau, iaitu Mahathir, untuk terus kekal berkuasa.
Jadi, kenyataan Zaid bahawa kita sedang menyaksikan Anwar bukan lagi reformis, tetapi seperti diktator, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.

Menurut cerita orang lama di Johor Bahru, mee rebus adalah antara hidangan makanan paling terkenal, sedap dan disukai ramai di daerah ini, termasuk pelawat dan pelancong yang datang.

Di awal tahun 80an, terdapat seorang penjual mee rebus popular bernama Haji Wahid. Sampai sekarang, Haji Wahid mempunyai banyak kedai cawangan mee rebus, hingga sampai ke Putrajaya.

Di awal perniagaan, Haji Wahid mempunyai seorang pekerja utama dikenali sebagai Lan Janggut. Sambil bekerja, Lan Janggut belajar dengan mendalam cara-cara membuat mee rebus mengikut dan "mencuri"  resepi turun temurun mee rebus Haji Wahid.

Setelah dia benar-benar faham dan pandai buat mee rebus sebiji macam Haji Wahid, maka dia meletak jawatan dan membuka kedainya sendiri dengan jenama Mee Rebus Lan Janggut.

Maka bermulalah persaingan yang sihat dan pelanggan mempunyai pilihan.

Sama-sama sedap, sama-sama popular. Tak perlu terperanjat, sebab sifu Lan Janggut ialah Haji Wahid.

Maka, kita tidak perlu terkejut kalau kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hampir menyerupai kepimpinan tok gurunya, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamed.

Dr Mahathir mutakhir ini sering mengkritik kepimpinan Madani Anwar menakut-nakutkan orang awam seperti diktator, tanpa menyedari dan  menyebut dialah tok guru yang membawa ajaran sedemikian kepada Anwar.

Seperti tajuk artikel ini, Anwar umpama Mee Rebus Lan Janggut, Mahathir pula Mee Rebus Haji Wahid.

Zaid Ibrahim luah rasa kecewa terhadap pentadbiran Madani pimpinan Anwar Ibrahim

Semalam, Malaysiakini melaporkan bekas menteri undang-undang di zaman Allahyarham Pak Lah, Datuk Zaid Ibrahim berkata proses keadilan berlaku begitu pantas apabila melibatkan tuduhan terhadap pihak yang menghina perdana menteri, namun seolah-olah terganggu atau terhenti dalam soal-soal lain.

Zaid membangkitkan kes melibatkan pendakwah bebas Ustaz Zamri Vinoth sebagai contoh utama jurang tersebut.

Pada 12 Mac lalu, polis memaklumkan sebanyak 894 laporan telah dibuat terhadap Zamri selepas dia menyamakan pembawa kavadi ketika sambutan Thaipusam dengan individu yang dirasuk dan mabuk.

“Walaupun ia jelas termasuk dalam kesalahan ‘3R’ (kaum, agama dan istana) yang kontroversi, kertas siasatan masih berhabuk di meja Pejabat Peguam Negara (AGC),” sindir Zaid yang memberitahu sendiri kepada portal berita itu.

Zaid berkata lagi, berbeza pula dengan seorang pekerja stesen minyak di Kelantan yang didakwa memuat naik video yang dikatakan menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dijangka dihadapkan ke mahkamah minggu depan.

“Ini contoh terang-terangan bagaimana kerajaan bertindak pantas terhadap sasaran yang ‘lemah’ namun membutakan mata, memekakkan telinga dan membisu ke atas kes yang berkemungkinan membawa implikasi politik,” dakwanya.

“Apa bezanya kerajaan ini dengan kerajaan-kerajaan sebelum ini? Namun ada satu perbezaan yang ketara. Perdana menteri sekarang, tidak seperti pendahulunya, pernah menjanjikan ‘fajar baru’ untuk Malaysia – namun janji itu kini dibayangi oleh kegelapan yang sudah terlalu biasa kita lihat,” katanya lagi.

Berhubung kes di Kelantan, Zaid berkata pekerja stesen minyak berusia 25 tahun itu seharusnya mencabar pertuduhan ke atasnya, sambil menekankan komen bersifat kritikal tidak seharusnya secara automatik dianggap sebagai kesalahan jenayah.

“Kita bukan hidup dalam dunia Trump. Perdana menteri pun pernah mengeluarkan kata-kata yang dianggap kasar oleh sejumlah pihak.

“Anwar bukan lagi seorang reformis. Dia bertindak seperti diktator. Gaya kepimpinan seperti ini mewujudkan budaya menakut-nakutkan, dan itulah yang kita saksikan sekarang,” katanya lagi.

Pada Rabu lalu, Ketua Polis Kelantan Encik Mohd Yusoff Mamat berkata individu tersebut memuat naik video menghina Anwar di TikTok bagi mencetuskan ketegangan awam dan boikot terhadap sambutan Aidilfitri Madani yang diadakan di Pantai Irama, Bachok pada 12 April lalu.

Beliau berkata siasatan mendapati tindakan suspek bersifat peribadi dan tidak berkaitan dengan mana-mana parti politik.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin 


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2025 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital