Tiada tertulis "Kutty" sama sekali

Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan salinan kad pengenalan lama miliknya, sebagai bukti di Mahkamah Tinggi semalam, Khamis 5 Disember 2024, bagi mengesahkan namanya bukan `Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty'. GAMBAR SINAR HARIAN

Akhbar Bahasa Melayu berpengaruh di Malaysia melaporkan negarawan ulung Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan salinan kad pengenalan lama miliknya, sebagai bukti di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur  semalam, Khamis 5 Disember 2024, bagi mengesahkan namanya bukan 'Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty'.

Menurut akhbar berkenaan, Sinar Harian, selepas memberi keterangan dalam kes samannya terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar, atas) berhubung isu 'Kutty', Mahathir turut menunjukkan salinan kad pengenalan milik isteri dan empat anak.

Bekas Perdana Menteri yang menyambut hari lahir ke-99 pada Julai lalu, turut menunjukkan sijil kelahiran yang digunakan sejak lahir, sebagai bukti kesahihan nama, tanpa tertera nama Kutty.

Beliau berkata, semua salinan kad pengenalan itu diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Salinan kad pengenalan lama, sijil kelahiran yang dikemukakan Dr Mahathir dalam prosiding kes samannya terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berhubung isu 'Kutty'. GAMBAR SINAR HARIAN

“Ini merupakan kad pengenalan yang sebenar, bukan seperti yang Ahmad Zahid tunjukkan di telefon bimbitnya kerana gambar itu boleh dimuat naik namun tidak boleh diterima secara rasmi sebagai kad identiti diri.

“Saya tak lama ada di mahkamah hari ini (semalam), cuma mengulangi jawapan yang telah diajukan serta menjawab lebih 800 soalan daripada peguam yang mewakili Ahmad Zahid,” katanya.

Selepas ini beliau berkata, mahkamah akan mendengar keterangan saksi lain termasuk anak lelakinya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga saksi plaintif, disusuli dengan Ahmad Zahid selaku defendan.

Sementara itu, peguamnya, Encik Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, anak guamnya telah selesai memberi keterangan secara penuh mengenai tuntutan saman sivil terhadap defendan.

“Bagi pengetahuan semua pihak, Tun Mahathir telah menjawab lebih 800 soalan dalam pemeriksaan balas tetapi beliau masih utuh berdiri,” katanya.

Dr Mahathir hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis bagi prosiding kes samannya terhadap Ahmad Zahid berhubung isu 'Kutty'. GAMBAR SINAR HARIAN

Berdasarkan pernyataan tuntutan yang difailkan pada 20 Julai 2022, Dr Mahathir mendakwa Ahmad Zahid, 71, telah mengeluarkan kenyataan memfitnah terhadapnya semasa mesyuarat UMNO bahagian di Kelana Jaya pada 30 Julai 2017.

Mahathir percaya, individu yang dirujuk Presiden UMNO selaku defendan, dalam kenyataan fitnah sebagai 'orang itu', 'dia' dan 'Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty' jelas merujuk kepadanya secara spesifik.

Susulan itu, beliau berkata, kedudukannya sebagai seorang negarawan dan tokoh politik yang berpengaruh di mata dunia dipandang serong.

Dr Mahathir juga mendakwa, kenyataan fitnah Ahmad Zahid secara tersirat memberi maksud kredibilitinya untuk memimpin negara dan parti yang mengutamakan orang Melayu secara keseluruhan, dipersoal dan diragui.

Prosiding di hadapan Hakim, Encik Gan Techiong bersambung Isnin depan.

End©Permadu

Adaptasi oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?