Berpakaian seksi di Pahang boleh menyebabkan anda dipenjara!

Gambar hiasan

A    W    A    S

Bila anda terpaksa bersaing dengan PAS...

Kerajaan Negeri Pahang telah menetapkan satu enakmen syariah berkaitan kesalahan berpakaian tidak sopan di tempat awam, demikian menurut laporan Pahang Media kelmarin, Rabu 4 Disember 2024.

Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, enakmen ini telah ditetapkan pada 2013.

“Bahawasanya Kerajaan Negeri Pahang telah menetapkan satu enakmen syariah pada 2013 di bawah seksyen 53 bagi mereka yang tidak sopan di tempat awam,” katanya pada Mesyuarat Ke-3 Penggal Ke-3 Dewan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Encik Shahril Azman Abd Halim berkenaan dasar kerajaan berkaitan hiburan yang membabitkan persembahan wanita muslim yang tidak menutup aurat.

Tindakan mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pahang 2013 di bawah Seksyen 53 : Berpakaian Tidak Sopan Di Tempat Awam ini adalah dibawah tindakan pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Menurut enakmen tersebut, mana-mana orang yang berpakaian tidak sopan di tempat awam melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana

Rafizi dijangka menang mudah tewaskan Nurul Izzah

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?

Antara yang pernah dikejarkan ke hospital