Dari dalam penjara, Najib perjelas mengapa dia dan Irwan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA)

HAKIM PUN BENGANG.. Pendakwaan terlalu lembab berlarutan selama 6 tahun, dipercayai kerana ketidakcekapan atau kekurangan bukti, antara punca DNAA untuk Najib dan Irwan

Di era Najib, Tan Sri Irwan pernah dilaporkan berjoget dan menari secara solo di atas pentas dengan persembahan ala Michael Jackson 

Pagi ini (Rabu 27 November 2024), hakim telah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dari kes IPIC atas sebab kelewatan melampau pihak pendakwaan.

BERIKUT adalah konologi kes:

Segala dana yang dikatakan hilang dari 1MDB adalah selepas ianya dijamin atau dibayar kepada pihak IPIC.

Tahun 2017:

- Kerajaan masa Najib telah tanda tangan perjanjian penyelesaian dengan IPIC.

24 Oktober 2018:

- Najib didakwa kes IPIC kononnya menipu kerajaan dengan tanda tangan perjanjian penyelesaian dengan IPIC

30 Oktober 2018:

- Kerajaan PH1.0 batalkan perjanjian penyelesaian dengan IPIC dengan alasan perjanjian itu tidak sah sebab Najib telah didakwa dalam mahkamah

November 2018:

- Najib pernah beberapa kali minta dalam dan luar Dewan Rakyat agar perjanjian penyelesaian IPIC didedahkan bagi membuktikan kerajaan masa Najib sudah selesaikan kes 1MDB dan IPIC telah berjanji untuk membayar sehingga US$7.5 bilion (RM35b) kepada 1MDB sebelum 30 Disember 2020.

- kerajaan PH1.0 enggan dedahkan dokumen perjanjian penyelesaian IPIC dengan alasan kes di mahkamah dan dokumen itu diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia.

27 Februari 2023:

- IPIC bersetuju membayar US$1.8b kepada 1MDB sebagai ganti rugi.

- Walaupun jumlah itu jauh lebih rendah berbanding US$7.5b yang dituntut bawah perjanjian penyelesaian asal yang dibatalkan PH1.0, ianya membuktikan bahawa IPIC mengaku mereka bersalah dan mereka patut bayar ganti rugi kepada Malaysia.

- ianya membuktikan bahawa Najib tak tipu kerajaan dan perjanjian penyelesaian itu adalah patut.

30 Julai 2023 (4 tahun 9 bulan sejak didakwa):

- setelah ditangguh lebih 30 kali oleh pihak pendakwaan tanpa kes pernah dibicara, Najib tulis surat representasi kepada pejabat peguam negara agar kes IPIC digugurkan sebab sudah terlalu lama dan terlalu banyak kali perbicaraan ditangguh pihak pendakwaan.

9 Ogos 2023:

- pihak pendakwaan mohon kes ditangguh sebab perlu masa untuk teliti surat representasi Najib. Mahkamah tangguh ke September 2023.

17 Ogos 2023:

- juga memo dalaman Pejabat Peguam Negara berkenaan kes IPIC ini telah terbocor.

- Memo dari pasukan pendakwaan kes IPIC ini kepada Ketua Peguam Negarammy Thomas merumuskan kesemua pasukan pendakwaan (7 DPP dan 5 pegawai penyiasat) sebulat suara mendapati bahawa:

- kes ini tidak patut dan tidak layak dibawa ke Mahkamah sebab Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan

- tiada sebarang dokumen menunjukkan Najib telah melakukan kesalahan

- tiada satu dari kenyataan seramai 138 kenyataan saksi memihak kepada pendakwaan

- kes IPIC terhadap Najib dan Tan Sri Irwan ini patut digugurkan

Namun pihak pendakwaan enggan untuk sah atau nafikan wujudnya memo dalaman ini bila ditanya oleh hakim.

14 Septrmber 2023:

- pihak pendakwaan sekali lagi mohon kes ditangguh sebab perlu lebih masa untuk teliti surat representasi Najib. Mahkamah tangguh ke Disember 2023 dengan memberi amaran bahawa sekiranya pendakwaan masih belum bersedia, mahkamah akan beri DNAA kepada Najib.

1 Disember 2023:

- pihak pendakwaan kata mereka masih belum putuskan surat representasi Najib dan minta mahkamah tangguh kes.

- Hakim tetapkan tarikh perbicaraan pada bulan Jun 2024. tetapi memberitahu pihak pendakwaan bahawa mereka masih boleh hentikan kes bila mereka membuat keputusan terhadap surat representasi Najib.

4 Jun 2024 (hari pertama perbicaraan kes IPIC):

- pihak pendakwaan mohon diberi penangguhan sebab belum bersedia dengan dokumen kes

- mahkamah beri penangguhan dua minggu ke 19 Jun 2024

19 Jun 2024:

- pihak pendakwaan sekali lagi mohon diberi penangguhan sebab belum bersedia dengan dokumen kes dan perlu lebih masa untuk nyah klasifikasi dokumen-tertentu (termasuk dokumen perjanjian penyelesaian IPIC yang sering diminta Najib untuk didedahkan).

- mahkamah beri penangguhan sebulan ke 22 Julai 2024

22 Julai 2024:

- pihak pendakwaan sekali lagi mohon diberi penangguhan sebab belum bersedia dengan dokumen kes dan perlu lebih masa untuk nyah klasifikasi dokumen-tertentu

- sebab pendakwaan asyik mohon kes ditangguh, pihak pembelaan sekali lagi mohon hakim memberi DNAA kepada Najib- tetapi hakim tolak permohonan DNAA Najib dan benarkan pengangguhan kes selama 4 bulan lagi ke 14 November 2024. Namun hakim memberi amaran bahawa ini adalah penangguhan terakhir

25 November 2024 (tukar dari 14 November atas sebab pelanggaran jadual)

- pihak pendakwaan masih tidak berjaya menyerahkan dokumen-dokumen penting kes

- hakim bertimbang untuk melepaskan tanpa membebaskan Najib dari kes tetapi tidak yakin dengan kuasa mahkamah untuk berbuat demikian

- hakim tangguh kes dua hari ke 27 Nov untuk kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan untuk berhujah bagi meyakinkan hakim bahawa mahkamah ada kuasa untuk memberi DNAA

27 November 2024

- setelah mendengar hujah-hujah dua pihak, hakim kata dia menggunakan kuasa yang ada pada dia untuk melepas tanpa membebas Najib dan Tan Sri Irwan atas sebab kelewatan melampau pihak pendakwaan.

Dan berakhirnya kisah pendakwaan lebih 6 tahun tanpa kes dibicara walau sehari pun ini.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

  1. Kiriman pembaca:

    DPPs from the AGC including the AG himself are all fucking useless. The half past six melayu loyar buruk lawyers are simply hopeless & lazy. That was why Tommy Thomas insisted to use external lawyers to prosecute Najib in the SRC case & they won. Tommy knew if he had used the DPPs from the AGC surely kalah punya.

    Anwar is blind. We are not asking him to interfere with the judiciary but to appoint an AG who can do the job effectively & the AG must use external lawyers for big cases like 1MDB & its related cases.

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Dipaksa kahwin atas arahan Nabi Muhammad SAW dan Abuya? Mengarut!

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?