Portal pro-pembangkang persoal kenapa Anwar tidak disiasat berkaitan laporan Bloomberg

Peguam Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh bersama Naimah Khalid selepas membuat laporan polis di IPD Petaling Jaya pada 30 September 2024.
GAMBAR MALAYSIANOW

Suara lantang seorang peguam

Maharaja Puyuh DAP terus menikus dan membisu

Portal berita pro-pembangkang MalaysiaNow melaporkan pada 9 Oktober 2025, bahawa peguam mewakili Tun Daim Zainuddin membidas polis kerana gagal memulakan siasatan terhadap laporan polis difailkan bekas menteri kewangan itu berhubung dakwaan salah guna kuasa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, berdasarkan laporan Bloomberg yang mendakwa perdana menteri telah menghalang siasatan melibatkan orang kuatnya tetapi mengarahkan siasatan dilancarkan terhadap musuh politik.

Mereka berkata laporan polis sebelum ini jelas meminta polis menyiasat dakwaan bahawa Anwar telah menyalahgunakan kuasa berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Daim, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan anak-anaknya.

“Kami kini boleh memaklumkan kepada orang ramai bahawa ini (siasatan terhadap Anwar) tidak berlaku,” menurut kenyataan peguam Encik Rajesh Nagarajan dan Encik Sachpreetraj Singh.

Mereka dimaklumkan polis semalam bahawa aduan Daim sedang disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia - undang-undang yang sering digunakan terhadap pengkritik kerajaan - serta Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, iaitu melibatkan kenyataan yang boleh memudaratkan ketenteraman awam.

“Jelas sekali, tiada siasatan dimulakan terhadap Anwar Ibrahim yang disyaki menyalah guna kuasa seperti yang didedahkan dalam artikel Bloomberg.

"Sebaliknya, penyiasatan ditujukan terhadap Bloomberg dan wartawannya yang mendedahkan salah guna kuasa di peringkat tertinggi di Malaysia," tambah mereka.

Pada 26 September, Bloomberg memetik tiga sumber yang berkata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki pernah memberitahu pegawainya bahawa siasatan terhadap Daim dan Mahathir dilancarkan atas arahan Anwar.

Sumber itu mendakwa, Anwar turut memberitahu Azam supaya tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya Datuk Seri Farhash Wafa Salvador berhubung pembelian kontroversi saham dalam sebuah syarikat yang dikaitkan dengan pembangunan sistem imigresen baharu bernilai RM1 bilion.

Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri dan SPRM telah menafikan dakwaan itu.

Pada 30 September, isteri Daim, Toh Puan Naimah Khalid, dalam laporan yang difailkan bagi pihak suaminya, menggesa polis menjalankan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan yang terkandung dalam artikel Bloomberg itu.

"Di bawah Perlembagaan Persekutuan kita, seorang perdana menteri tertakluk kepada undang-undang sama seperti orang lain," kata laporan polis itu.

"Penyalahgunaan kuasa sebegini merupakan kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan peruntukan lain yang berkaitan. Daim bersedia sepenuhnya untuk memberi kenyataan kepada polis jika perlu."

Awal bulan ini, Rajesh mempersoalkan sama ada pihak polis betul-betul serius dalam menyiasat aduan itu selepas Naimah dipanggil untuk disoal siasat.

"Aduan itu kini disiasat seorang inspektor di Sentul. Tetapi aduan yang dibuat ini memerlukan PM disiasat. Bolehkah inspektor menyiasat PM? Tidak mungkin," katanya pada 1 Oktober.

Dalam kenyataan pada 9 Oktober, peguam menyifatkan siasatan itu sebagai "palsu" dan menuntut penjelasan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengenai kegagalan polis menyiasat perkara utama laporan polis itu.

"Kegagalan berbuat demikian akan menjadi cemuhan terhadap sistem keadilan jenayah dan kedaulatan undang-undang kita."

Mereka mengingatkan, taktik sama pernah digunakan bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam usaha menutup skandal 1MDB.

"Ia sama dengan taktik yang digunakan Najib Razak apabila skandal 1MDB didedahkan oleh The Wall Street Journal," kata mereka merujuk kepada tindakan Najib itu menamatkan siasatan membabitkan beliau pada 2016.

Peguam turut mengingatkan polis mereka terikat oleh undang-undang untuk "menyiasat setiap laporan secara adil dan bebas".

"Mereka tidak boleh bertindak berat sebelah dan perlu berani walaupun orang yang disiasat ialah perdana menteri sendiri.

"Mengapa polis tidak membuka siasatan salah guna kuasa terhadap PM? Adakah PM kalis undang-undang?" tanya peguam lantang itu.



End©Permadu

Adaptasi oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah