Haji Hadi saran buat kajian mendalam sebelum RUU Mufti WP dibentang di Parlimen

Tan Sri Abdul Hadi Awang

Media melaporkan Presiden Parti Islam Se-Malaysia, lebih dikenali sebagai PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berpendapat cadangan RUU Mufti Wilayah Persekutuan perlu dikaji secara mendalam terlebih dahulu sebelum dibentang di Dewan Rakyat.

Menurutnya, langkah itu penting berikutan terdapat berpuluh-puluh mazhab dalam Islam dan tidak ada mana-mana ulama muktabar membenarkan aliran mereka diisytihar sebagai agama negara. 

"Pada pandangan saya, semua ulama tidak membenarkan mazhab mereka diisytiharkan sebagai agama negara, sama ada Imam Malik, Imam Syafie mahupun Imam Hambali.

"Hanya Islam yang menjadi agama negara, hanya Islam yang menjadi agama negara," Hadi dipetik sebagai berkata selepas menghadiri Konvensyen Antarabangsa Kelantan Membangun Bersama Islam, di Kota Bharu, malam tadi.

Selain mengetuai parti politik yang mempunyai kerusi terbanyak (43 kerusi) di Dewan Rakyat, Abdul Hadi dihormati dan disegani sebagai ilmuwan agama dan ulamak bertaraf global di peringkat antarabangsa.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail

Dalam perkembangan berkaitan, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail bertitah bahawa baginda tidak berkenan nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha menyokong Rang Undang-undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan).

Perkara itu dimaklumkan baginda melalui Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang membuat hantaran di Facebook pagi ini, seperti dipetik Malaysiakini.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin 

Pada 2 Julai lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na'im Mokhtar membentangkan tiga RUU berkaitan hal ehwal Islam untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar

Ia merangkumi RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024, RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024. 

RUU Mufti antaranya memperincikan mengenai penubuhan Jawatankuasa Fatwa Wilayah-Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Falak Syarie, Jawatankuasa Rukyah Hilal, Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam dengan dipengerusikan mufti.

Ia juga mentakrifkan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari sudut akidah bersumberkan aliran Al-Asyairah, Al-Maturidiah dan fiqh Mazhab Syafie dengan meraikan tiga mazhab lain.

Untuk rekod perkara empat RUU tersebut mentakrifkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah dari sudut akidah bersumberkan aliran Al-Asyairah dan Al-Maturidiah, fikah Mazhab Syafie dengan meraikan tiga Mazhab yang lain, dan tasawuf Imam Ghazali dan Imam Junaid.

Terdahulu Mohd Asri dilaporkan berkata tidak wajar untuk kerajaan meluluskan sebarang perundangan yang "membelenggu pemikiran rakyat, merampas kebebasan berfikir dan akademik atas nama agama".

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Guna air-air janggut, kaki, rambut dan gigi dalam masakan tidak benar, kata pemilik, pembimbing rangkaian restoran

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah