Zaid Ibrahim dan Kadir Jasin bimbang dasar 3R, kelihatan memilih, boleh disalah guna

3R adalah "dasar paling bodoh yang pernah saya alami dalam hidup ini," kata Zaid Ibrahim, seperti dipetik Malaysiakini.

Datuk A Kadir Jasin

Portal berita dari media arus perdana Malaysiakini melaporkan bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim mengulas kes Puan M Indira Gandhi, seterusnya menuduh pihak berkuasa bersikap selektif dalam hal-hal berkaitan kaum, agama dan Raja-raja atau dikenali sebagai kes 3R.

“Mengapa kamu fikir seorang ibu beragama Hindu tidak dapat menemui anak perempuannya selepas 15 tahun walaupun terdapat perintah yang jelas daripada Mahkamah Persekutuan kepada polis untuk menggeledah dan membawanya ke pangkuan ibunya?

“Mungkin kerana agama terlibat,” tambah bekas menteri itu dalam satu hantaran di media sosial hari ini, seperti dipetik portal berkenaan.

Selasa lalu, Indira mendakwa tiada usaha serius daripada pihak polis untuk menahan bekas suaminya Encik K Pathmanathan (nama Islam - Muhammad Riduan Abdullah) dan untuk mengesan lokasi anak perempuannya yang berusia 16 tahun.

Anak perempuannya masih seorang bayi apabila suaminya melarikannya pada 2009 selepas memeluk Islam. Indira dan bekas suaminya terlibat dalam kancah perebutan undang-undang yang berlarutan berhubung penukaran agama Islam secara sepihak atau unilateral terhadap anak-anak mereka.

Zaid turut menyentuh mengenai serangan ke atas beberapa pemain bola sepak baru-baru ini, yang mana polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kaitannya dengan kerabat diraja.

Katanya, 3R adalah "dasar paling bodoh yang pernah saya alami dalam hidup ini."

Beliau berkata, sebahagian besar rakyat negara ini cukup matang untuk menangani isu-isu yang melibatkan 3R.

Justeru, bekas menteri itu menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menarik balik dasar itu dan memansuhkan Akta Hasutan.

"Kerajaan harus sedari bahawa masalah kompleks mesti melibatkan orang ramai jika kedaulatan undang-undang itu mempunyai makna," tambahnya.

Sebelum ini, wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin juga telah membidas dasar "3R" sebagai "makhluk politik" dan "instrumen kawalan".

Kadir juga menegaskan bahawa adalah perkara biasa untuk perbincangan mengenai topik seperti itu timbul dalam negara berbilang agama dan kaum. 

“Kita juga mempunyai jumlah sultan dan raja paling ramai (berbanding) mana-mana negara di dunia. Jika mempunyai banyak agama, bangsa dan raja (adalah) 'sensitif', secara logiknya Malaysia tidak akan atau tidak sepatutnya wujud. 

“Jadi tidak ada yang sensitif tentang 3R - agama, bangsa dan raja-raja. Unsur-unsur ini sudah berakar umbi dalam perlembagaan kita,” tambahnya.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Berita setiausaha politik Ismail Sabri dijumpai bersama wang tunai RM150 juta belum dapat disahkan

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sedap berkhidmat di Jabatan Imigresen — lubuk buat duit untuk menjahanamkan negara!

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Kesian Ismail Sabri, bila dah kelihatan kantoi, semua rakan "se-projek" dari UMNO-BN-PN membisu, hilang entah ke mana