Insyaallah, tiada orang miskin tegar di Johor dalam tempoh 19 bulan dari sekarang

KETEGASAN DAN KEPRIHATINAN PEMANGKU SULTAN JOHOR

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, mahu seluruh golongan ketua isi rumah bangsa Johor yang miskin tegar di negeri ini dibantu keluar daripada status itu sepenuhnya menjelang 2025, media tempatan melaporkan.

Sehubungan itu, baginda memberi tempoh 19 bulan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor untuk mencari dan mengenal pasti golongan terbabit di kawasan masing-masing, lapor Berita Harian.

Titah baginda, tempoh 19 bulan akan datang itu penting bagi ADUN menyalurkan segala bantuan yang diperlukan golongan berkenaan.

"Adalah menjadi keutamaan saya untuk memastikan semua bangsa Johor mempunyai makanan di atas meja masing-masing, tempat tinggal, akses pendidikan berkualiti untuk anak-anak Johor, serta akses kepada kemudahan asas dan kesihatan yang baik.

"Saya menitahkan supaya tiada seorang pun ketua isi rumah bangsa Johor yang berstatus miskin tegar selepas 2025. Dalam jangka masa 19 bulan akan datang, sila cari dan kenal pasti di kawasan DUN (Dewan Undangan Negeri) anda (ADUN), siapa yang tergolong dalam kategori ini.

"Berikan segala bantuan yang diperlukan melalui agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) atau swasta untuk membantu mereka," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan Persidangan Ketiga DUN Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Tunku Mahkota Ismail menitahkan kesemua 56 ADUN daripada pihak kerajaan dan pengimbang supaya terus berkhidmat kepada rakyat negeri ini dalam keadaan ekonomi global tidak menentu kini.

"Saya amat memahami keresahan bangsa Johor... situasi ekonomi global tidak menentu, khususnya isu-isu peningkatan kos sara hidup, kesukaran mendapatkan peluang pekerjaan dan ketidakstabilan harga.

"Ingin saya mengingatkan anda semua (ADUN), ini adalah tanggungjawab terbesar anda sebagai ADUN di Johor. Tolong berkhidmat untuk rakyat dan jangan sesekali lupa akan tanggungjawab ini," titah baginda.

Seterusnya, baginda bertitah, kerajaan negeri juga perlu meneruskan projek menyantuni rakyat supaya kesejahteraan sosial terus terjamin untuk seluruh bangsa Johor.

"Ini termasuk program bantuan sosial, pembangunan infrastruktur yang mencukupi dan inisiatif pendidikan inklusif meliputi semua peringkat masyarakat," titah baginda.

Sementara itu, baginda juga menitahkan supaya silibus mata pelajaran sekolah yang sudah tidak lagi relevan, diperbaharui.

Tunku Mahkota Ismail bertitah, langkah itu menjadi satu keperluan berikutan pendidikan berkualiti adalah asas kemajuan dan penting bagi penyelesaian pelbagai isu.

Oleh itu, menurut baginda, Kerajaan Persekutuan perlu mengambil langkah lebih proaktif bagi meningkatkan kualiti sistem dan fasiliti pendidikan negara.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Dr Rafidah sounds emotional, more like personal grudges