Sungai Pahang bertukar menjadi padang pasir? Ini macam dunia nak...
Portal berita Harapan Daily kelmarin melaporkan Sungai Pahang di Kampung Pesagi, Chenor kini berubah wajah bagaikan sebuah padang pasir.
Dahulunya menjadi sumber rezeki nelayan, keadaan sungai itu juga mengakibatkan sumber pendapatan pengusaha-pengusaha ikan sangkar terjejas.
Keadaan tersebut berlaku sejak beberapa bulan lalu dengan paras air semakin surut sehingga terbentuknya beting pasir yang luas.
Penduduk juga berkata, mereka masih boleh berkelah dan mandi di sungai berhampiran di beting pasir itu semasa cuaca kemarau sebelum ini.
Namun, pada masa ini penduduk tidak lagi dapat menikmati suasana itu di Sungai Pahang yang mengalir sepanjang kira-kira 459 km sehingga ke hilir.
Cuaca panas dan tiada taburan hujan yang banyak dari bahagian hulu sungai disifatkan penduduk tempatan sebagai paling teruk dan mengejutkan.
Hal ini memandangkan lokasi sangkar ikan yang diusahakan berada di kawasan air paling dalam.
Sungai Pahang merupakan sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia.
Berhulu di pertemuan Sungai Jelai dan Tembeling di Pergunungan Titiwangsa, Sungai Pahang mengalir hingga ke Laut China Selatan.
Adaptasi oleh Fauzi Kadir Ketua Pengarang |
DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG
Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.
Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.
Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.
Comments
Post a Comment