Dr Mahathir berpandangan SPRM juga perlu siasat Anwar dan keluarga, serta adik Azam Baki

Serangan balas Mahathir kepada Anwar berkonsepkan jaringan gol Safee Sali 

Semalam, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menulis di Facebook.

Hantaran beliau itu mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menuduh beliau melakukan kesalahan.

Menurut Dr Mahathir, dalam notis kepada anaknya, Mirzan menyebut bahawa SPRM mendapati "bahawa satu kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta ini berkaitan nombor aduan IPJ/RPTNO/0477/2023 telah dilakukan oleh Mahathir bin Mohamad, nombor Kad Pengenalan 251220-02-5151."

Menurutnya, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata beliau tidak dilayan sebagai penjenayah.

"Setakat saya tahu saya tidak pernah disiasat. Tetapi notis SPRM menyatakan saya melakukan kesalahan.

"Dakwaan telah dibuat oleh (Perdana Menteri Datuk Seri) Anwar Ibrahim bahawa saya memiliki berbilion Ringgit. Saya sendiri tidak tahu saya memiliki berbillion Ringgit.

"Oleh itu saya telah saman Anwar Ibrahim supaya menunjukkan bukti yang saya memiliki berbilion Ringgit. Saman dibuat lebih satu tahun dahulu. Hingga sekarang Anwar tidak dapat tunjuk bukti saya memiliki berbilion Ringgit," akhbar harian Bahasa Melayu di bawah payung New Straits Times Press memetik kenyataan Dr Mahathir di Facebook.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, ini bermakna hingga sekarang beliau belum didapati bersalah, tambah laporan Berita Harian itu.

"Jika SPRM ada bukti tunjuklah," katanya.

Berkenaan dengan akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir berkata walaupun Anwar tidak didapati bersalah, kenapa akaun bersumpah Datuk Murad tidak ditarik balik.

Apakah isteri dan anak-anak Anwar diarah menjelaskan semua harta mereka, soalnya.

"Demikian juga dengan kes Azam Baki. Kenapa adiknya tidak disiasat rapi seperti yang berlaku terhadap anak saya," kata Dr Mahathir.

Pada 31 Mac lalu, Datuk Seri Mukhriz mengesahkan SPRM sedang menyiasat Dr Mahathir menerusi notis kepada abangnya Tan Sri Mokhzani dan Mirzan.

Pada Januari lalu SPRM mengarahkan Mokhzani dan Mirzan untuk mengisytiharkan harta masing-masing sejak 1981.

End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri

Tokoh bergelar Datuk di Terengganu dan isteri didakwa buat tuntutan palsu agihan zakat, melalui syarikat isteri