Alamak Raya Lagi versi penjual babi panggang dapat sambutan hangat!

Fenomena lagu Alamak Raya Lagi nampaknya bukan saja mempengaruhi orang Melayu Islam, bahkan turut memberi idea kepada rakyat pelbagai kaum di negara ini, demikian menurut pandangan portal berita terkenal Malaysiakini dalam laporannya semalam.

Antaranya, menurut portal dari media arus perdana itu, seorang tauke babi yang turut tidak melepaskan peluang untuk memuat naik lagu dendangan kumpulan De Fam itu di TikTok dengan disertai tarian yang tersendiri.

Berdasarkan maklumat di akaun media sosial tersebut lelaki terbabit merupakan penjual daging babi panggang di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ditinjau di laman sosialnya, lelaki Cina berkenaan dilihat memang gemar membuat kandungan berupa tarian di TikToknya.

Menurut kapsyen yang ditulisnya, tarian bagi lagu Alamak Raya Lagi itu ditujukan buat rakan-rakannya yang berbangsa Melayu.

Tarian yang dimuat naik di TikTok pada 14 April lalu berjaya meraih sebanyak 1.6 juta tontonan setakat berita ini ditulis.

"Maaf saya lambat buat cover ini. Ini joget untuk kawan-kawan Melayu saya, terima kasih kerana menjadi sebahagian hidup saya," tulisnya.

Jejaka kacak itu juga memberi penghargaan kepada kawan-kawan kerana sedia menerima dia seadanya di sebalik terlibat dalam perniagaan yang tidak halal mengikut hukum Islam.

Sementara itu di ruangan komen menunjukkan video berkenaan mendapat reaksi positif warga maya termasuk dalam kalangan orang Melayu yang terhibur dengan gelagat individu terbabit.

Bahkan ada yang memuji langkah ahli perniagaan itu sebagai simbol perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini dalam meraikan kepelbagaian.

Sebelum ini lagu Alamak Raya Lagi dendangan kumpulan De Fam mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India menggayakan baju kurung dan kebaya menari menggunakan lagu itu dalam aksi klip video hari raya sehingga sohor kini di TikTok.

Dikenali dengan nama The Cine Dance, video 11 penari berusia antara 14 hingga 26 tahun semakin mendapat perhatian di media sosial di TikTok, Instagram dan Facebook sehingga merekodkan hampir sejuta tontonan.

Selain menarik minat masyarakat bukan Melayu, lagu berkenaan juga dilaporkan telah tular ke luar negara.

End©Permadu

Adaptasi oleh Fauzi Kadir
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Kwai Fong Chin


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG   

Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi.

 Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut. Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri