Perasuah, menteri, politikus kecut perut; gaya sebenar pemerintahan Agong seawal April ini

Memetik satu hantaran Facebook rasmi terkini, media melaporkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, memberi peringatan bahawa Baginda memikul amanah Raja-Raja Melayu untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara.

Sehubungan itu, titah Seri Paduka sebaik sahaja selesai tempoh “bulan madu”, baginda akan melaksanakan cara pemerintahan yang sebenarnya, 

Seperti dipetik portal berita Malaysiakini, Seri Paduka seterusnya bertitah:

“Saya bukan patung untuk disembah atau dijadikan perhiasan dalam majlis atau dipaksa mengikut segala kata dan kehendak menteri.

“Kurang dari dua minggu lagi, akan genap dua bulan saya memegang tampuk ketua negara.

“Apabila habis tempoh bulan madu ini…, saya akan mulakan cara pemerintahan saya yang sebenar,” titah Sultan Ibrahim sempena istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan di Istana Negara, hari ini.

Seri Paduka bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Video terbitan Malaysiakini bertarikh 19 Mac 2024.

Hanya 36 sahaja benar-benar layak

Dalam hantaran di Facebook, Seri Paduka, bertitah pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat itu adalah untuk memberi pengiktirafan kepada individu yang telah berjasa, mencurahkan khidmat bakti atau menyumbang kepada Wilayah Persekutuan.

"Saya sendiri telah meneliti setiap calon yang disediakan Jawatankuasa Pemilihan dan tahun ini saya membuat keputusan hanya 36 orang penerima sahaja benar-benar layak untuk dianugerahkan,” titah Seri Paduka.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim terkenal dengan sikap tegas semasa pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat semasa negeri Johor.

Berbanding dengan negeri-negeri lain, jumlah penerima di Johor lazimnya adalah terlalu kecil dan pengurniaan hanya dijalankan selepas melakukan saringan dan pemantauan yang ketat bagi memastikan mereka yang terpilih itu benar-benar layak.

Sultan Ibrahim melafaz sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam upacara di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada 31 Januari lalu.

Baginda dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara, pada Oktober lepas bagi tempoh lima tahun menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah yang tamat tempoh pemerintahannya.


End©Permadu


Oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2024 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  


Akaun bank rasmi dan diberi kuasa bagi pihak Permadu Malaysia
Fauzi Bin Abd... 7600650948 CIMB Bank

Mengunjungi Permadu Malaysia adalah sentiasa percuma dan kami adalah tidak berobjektifkan keuntungan. Kami berharap anda bergembira dan berpuas hati dengan setiap persembahan dari kami.

Jika anda bermurah hati untuk menyokong operasi dan kegiatan amal jariah berterusan kami kepada mereka yang kurang bernasib baik, kami mengalu-alukan sebarang sumbangan seikhlas hati dari mana-mana individu atau organisasi. Hubungi permadu@gmail.com untuk keterangan lanjut.

Ianya bersifat sukarela tanpa sebarang komitmen.

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank