Kerajaan dan rakyat Kelantan bukan bodoh, belajar hormati pendirian mereka

Semua pihak perlu bersikap adil kepada Kerajaan PAS Kelantan dan rakyat negeri itu yang mahu menegakkan syiar Islam ditegakkan ketika melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, Malaysia Gazette melaporkan, merujuk kepada satu hantaran Ahli Parlimen Pasir Gudang, Encik Hassan Abdul Karim hari ini.

Hassan berkata, keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu bukan conscience atau isu hati nurani tetapi berkaitan keperlembagaan.

Beliau yang berpandangan berdasarkan perspektif di luar skop undang-undang berkata, kes ini perlu mengambil kira soal politik, sejarah dan budaya negeri Kelantan.

Hassan yang juga seorang peguam berkata, Kerajaan PAS di Kelantan telah memerintah negeri tersebut secara berterusan sejak Pilihan Raya Umum tahun 1990 hingga sekarang iaitu selama 33 tahun.

Enakmen Kod Jenayah Syariah Kelantan 2019 adalah enakmen yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan menjadi undang-undang apabila diperkenankan oleh Sultan Kelantan dan digazetkan dalam Warta Kerajaan Kelantan.

Namun enakmen tersebut terbatal dengan keputusan Mahkamah Persekutuan.

Menurut Hassan, beliau percaya ahli-ahli DUN Kelantan yang majoritinya dari PAS sedar rang undang-undang enakmen yang diluluskan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Saya percaya mereka sedar kerana Kerajaan Negeri Kelantan bukanlah semberono dan membabi buta sengaja mahu membentangkan enakmen tersebut.

“Kerajaan PAS Kelantan bukan sebuah kerajaan armature yang baru memerintah negeri sekadar setahun dua. Di belakang Kerajaan Negeri Kelantan terdapat Penasihat Undang-undang yang amat mahir dan faham hal Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi apabila Menteri Besar Kelantan, ADUN-ADUN PAS dan Penasihat Undang-Undang Kelantan tahu risiko dan kemungkinan Enakmen Kod Jenayah Syariah tersebut dicabar di mahkamah dan dibatalkan seperti apa yang berlaku sekarang, mengapa mereka tetap bertegas untuk meneruskan penggubalan enakmen tersebut?

“Pada pandangan saya, jawapannya ialah tiga faktor yang saya sebut sebelum ini iaitu faktor politik, sejarah dan budaya rakyat Kelantan yang ada perbezaannya dengan kebanyakan negeri-negeri lain dalam Persekutuan Malaysia,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Tambah beliau, Kelantan adalah sebuah negeri berdaulat dalam sebuah Persekutuan dan rakyatnya lebih 90% Melayu dan beragama Islam.

Rakyat Kelantan sudah lebih 33 tahun memilih PAS sebuah Parti Islam yang membawa agenda untuk memertabatkan undang-undang Syariah Islam di negeri itu.

“Rakyat memilih PAS di Kelantan melalui peti undi pilihan raya, bukannya secara ugut dan paksa. PAS memerintah di negeri Kelantan melalui pilihan raya yang demokratik mengikut lunas-lunas demokrasi, bukannya melalui kekerasan.

“Jadi Enakmen Kod Jenayah Syariah Kelantan 2019 adalah manifestasi yang asasi kehendak majoriti rakyat Kelantan yang telah memilih Kerajaan Islam pimpinan Islam PAS dalam lapan pilihan raya umum berturut-turut (tahun 1990, 1995, 1999, 2004, 2008. 2013, 2018 dan 2022).

“Apabila kita berbicara soal menang dan kalah, soal majoriti dan minoriti, maka ada faedahnya jika kita merenung kata-kata Mahatma Gandhi: In matters of conscience, the law of the majority has no place.

“Perkara ini tidak boleh diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan tetapi perlu diserahkan kepada Mahkamah Keadilan Rakyat. Dalam hal ini perkataan conscience yang disebut oleh Mahatma Gandhi itu adalah relevan,” ujar beliau.

End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Penolong Pengarang
Jamaliah Mohd Salleh



Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Muhyiddin says MOU irrelevant, DPM Fadillah denies