JPN serius selesai isu empat beradik tanpa kewarganegaraan

Media tempatan melaporkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menggesa empat beradik tanpa kerakyatan walaupun dilahirkan di Malaysia dan berbapakan warganegara Malaysia supaya berjumpa jabatan itu untuk tindakan lanjut.

"JPN memohon kerjasama Aziq Fadyan bersama adik beradik beliau untuk hadir ke JPN bagi membolehkan pihak Jabatan mendapatkan fakta kes dan status sebenar.

"Seterusnya membuat penelitian dan memberikan khidmat nasihat sewajarnya berkaitan prosedur permohonan kewarganegaraan," media memetik JPN sebagai berkata dalam satu kenyataan malam tadi.

‘Sekolah minta jangan datang selagi tiada IC’

LFL tuntut empat beradik diberikan kerakyatan


JPN memberi maklum balas terhadap laporan media, termasuk portal berita arus perdana Malaysiakini berhubung nasib yang menimpa Aziq berusia 24 tahun, dan tiga adiknya iaitu Azreen Batrisya, 22, Azzahra Batrisya, 12, dan Azalea Batrisya, sembilan tahun, yang dinafikan kewarganegaraan, walaupun ibu bapa mereka telah berkahwin sebelum mereka dilahirkan.

Bapa mereka, Fadil Saharudin, yang meninggal dunia baru-baru ini, warga Malaysia dan ibu mereka warga Indonesia.

Ibu bapa mereka melangsungkan majlis perkahwinan di Indonesia dan Malaysia pada 1998 sebelum anak-anak itu dilahirkan.

Aziq dan Azreen memberitahu sidang media yang diatur oleh kumpulan hak asasi manusia Lawyers For Liberty (LFL) bahawa pihak pengurusan sekolah menengah memaklumkan mereka untuk berhenti belajar kerana tidak memiliki kad pengenalan.

JPN nasihat jangan sensasikan isu ini, jangan dengar dari satu pihak sahaja

Bagaimanapun, JPN menggesa orang ramai supaya tidak mensensasikan kes itu.

"Kerana ianya adalah makluman dari satu pihak sahaja serta boleh memberikan tanggapan yang kurang tepat kepada perkhidmatan Kerajaan.

Tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuatkuasa

"Proses yang dilaksanakan oleh JPN adalah sentiasa tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuatkuasa.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang persoalan mengenai kewarganegaraan dan apa-apa sahaja berkaitan perkhidmatan JPN dinasihatkan untuk tidak menggunakan khidmat orang tengah ataupun platform media, sebaliknya boleh hadir terus ke mana-mana 212 pejabat JPN di seluruh Malaysia dan memberikan maklumat yang benar dan tepat beserta bukti," katanya lagi.

Kalau JPN tak layan, baru bawa ke media

JPN juga berkata akan sentiasa membantu dan memberikan nasihat yang sewajarnya kerana setiap permohonan dan masalah individu akan memerlukan penyelesaian yang berbeza.



End©Permadu

Adaptasi oleh Fauzi Kadir,
Ketua Pengarang

Dibantu oleh Nazura Othman, 
Penolong Pengarang


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA SIDANG PENGARANG  

Comments

  1. I read a lot of blog posts but your post is really different and informative. Your blog is clear as your blog title, and your explanation in the blog is on topic. I appreciate your idea. Thanks for sharing with us. We provide law services and legal advice. See more about Employment Lawyers in India

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Dr Rafidah sounds emotional, more like personal grudges