Jika apa-apa berlaku, Hadi paling layak jadi PM

Abdul Hadi Awang

Kalau Anwar, Zahid letak jawatan, siapa nak jadi PM? Muhyiddin?

Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mesti meletakkan jawatan susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini di enam negeri Semenanjung Malaysia, portal berita MalaysiaNow memetik pandangan tegas seorang bekas perdana menteri yang popular dengan panggilan Abah Prihatin.

KEPUTUSAN PRN15 MENGIKUT PARTI

*PKR✅ 26 Kerusi Menang

❌ 33 Kerusi Kalah* ✔️Peratusan Menang: 44.1%*

*DAP✅ 46 Kerusi Menang

❌ 1 Kerusi Kalah* ✔️Peratusan Menang: 97.9%*

*AMANAH* ✅ 8 Kerusi Menang

❌ 23 Kerusi Kalah* ✔️ Peratusan Menang: 25.8%*

*UMNO✅ 19 Kerusi Menang

❌ 89 Kerusi Kalah* ✔️ Peratusan Menang: 17.6%*

*PAS✅ 105 Kerusi Menang

❌ 22 Kerusi Kalah* ✔️ Peratusan Menang: 82.7%*

*BERSATU✅ 40 Kerusi Menang

❌ 41 Kerusi Kalah* ✔️ Peratusan Menang: 49.4%*

*GERAKAN✅ 1 Kerusi Menang

❌ 36 Kerusi Kalah* ✔️ Peratusan Menang: 2.7%*

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan PRN menunjukkan penolakan besar-besaran orang Melayu terhadap kerjasama politik antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

"Benarlah pilihan raya ini merupakan referendum penolakan rakyat terhadap kerajaan gabungan PH dan BN. Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi yang menerajui gabungan ini mesti mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri," katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan di Shah Alam awal pagi hari ini.

PRN enam negeri itu menyaksikan kemaraan Perikatan Nasional (PN) di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Harapan (PH), dengan 11 kerusi di Pulau Pinang, 22 kerusi di Selangor dan lima di Negeri Sembilan.

Ini meskipun status quo kekal di semua enam negeri.

Di Selangor, PN menafikan majoriti dua pertiga yang sebelum ini dimiliki PH.

Menurut bekas perdana menteri itu, PN menjadi wadah utama politik bangsa Melayu.

UMNO, parti Melayu yang menjadi tunjang BN pula hanya menang 19 kerusi daripada 108 kerusi yang ditandingi. Pencapaian UMNO pada tahap hanya 17.6%.

Bersatu pula hanya menang 40 kerusi daripada 81 kerusi yang ditandingi. Ini bermakna pencapaian parti itu adalah 49.4% sahaja.

Ianya jauh lebih rendah daripada pencapaian PAS yang memenangi 105 kerusi daripada 127 kerusi yang ditandingi. PAS berjaya mencatat rekod pencapaian peratusan menang 82.7%.

Anwar Ibrahim

Kedudukan PKR pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pakatan Harapan yang dipengerusikannya hampir sama dengan Bersatu di dalam PN.

Atas dasar itu, jika apa-apa berlaku, Permadu Malaysia berpandangan perdana menteri baru perlu datang dari PAS, bukan Bersatu.

Dan orang yang paling layak memegang jawatan itu ialah presiden parti itu sendiri iaitu Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi telah membuktikan beliau merupakan seorang pemimpin yang luar biasa keistimewaannya. Semakin beliau dipandang rendah dan kadang-kadang dihina oleh musuh politik, beliau semakin berprestasi tinggi dalam konteks menjadikan PAS terus berkembang.

Hatta, PAS merupakan pemilik kerusi terbanyak di Dewan Rakyat (Parlimen) selepas PRU15.

Kebijaksanaan Muhyiddin pula adalah dari segi menumpang semangkuk kekuatan kepimpinan Abdul Hadi dan jentera parti yang menggunakan jenama Islam itu.

Berbalik kepada UMNO, parti itu tewas semua kerusi di Terengganu dan hanya memenangi satu kerusi masing-masing di Kelantan dan Pulau Pinang, dua di Selangor dan 10 di Negeri Sembilan.

Seramai 146 calon PN berjaya menang daripada keseluruhan 245 kerusi.



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH LEMBAGA JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

  1. PMX tidak akan sekali-kali meletkkan jawatan yang diperolehi secara silap mata. Seperti juga timbalannya yang tidak akan melepaskan jawatan presiden UMNO yang dimenangi by "by hook and by crook". Mereka berdua saling perlu memerlukan. One cannot survive without the other. Dalam lain perkataan "Anwar will scratch Zahid's back and Zahid will do likewise". Rakyat tak akan terkejut kalau dalam masa terdekat pendakwaan terhadap Zahid akan digugurkan. Atau kalau diteruskan juga hakim akan terpaksa dan dipaksa mendapati Zahid tidak bersalah.

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Dr Rafidah sounds emotional, more like personal grudges