Kelakar, Anwar & Muhyiddin umpama berebut nak langsaikan hutang peneroka Felda

Muhyiddin harus hati-hati kata Anwar tak layak jadi PM, nanti dibimbangi boleh didakwa menghina kewibawaan Agong yang melantik beliau, macam kes Sanusi pula

Akhirnya, kisah pelupusan hutang peneroka Felda hilang begitu sahaja

Media tempatan semalam melaporkan bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan peguamnya untuk meneruskan saman fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini katanya selepas Anwar gagal mendedahkan dokumen berkenaan pelupusan hutang peneroka Felda, sebaliknya mengemukakan dokumen membabitkan penerbitan sukuk.

"Saya pun pernah berkali-kali menjelaskan sebelum ini bahawa dokumen yang Anwar tandatangan itu adalah berkenaan sukuk bukan pelupusan hutang peneroka Felda.

"Pendedahan dokumen itu membuktikan saya bercakap benar. Yang berbohong dan fitnah saya ialah Anwar," Malaysiakini memetik Muhyiddin sebagai berkata dalam satu hantaran di media sosial.

Terdahulu, Anwar semalam mendedahkan sebahagian dokumen yang didakwa membuktikan dia telah menandatangani skim pelupusan hutang untuk peneroka Felda.

Dokumen itu ialah Akaun Rizab Perkhidmatan Kewangan (FSRA), serta penerbitan sukuk.

Justeru Anwar mendesak Muhyiddin memohon maaf atas fitnah yang dilemparkan kepadanya.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata kenyataan media Kementerian Kewangan itu mengesahkan ia adalah jaminan kerajaan sebanyak RM9.9 bilion dan bukan pelupusan hutang peneroka sebanyak RM8.3 bilion yang diselesaikan pada tahun 2021.

‘Tak faham apa yang ditandatangani’

Malah, katanya, dokumen sukuk yang didedahkan juga menunjukkan Anwar tidak memahami kandungan dokumen yang ditandatanganinya sebagai Menteri Kewangan.

"Ini bahaya. Entah apa lagi dokumen atau perjanjian yang dia tandangan atas kapasitinya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan yang dia tidak faham atau tidak tahu isi kandungannya.

Muhyiddin kata Anwar tak layak kekal sebagai PM

"Jelas Anwar tidak layak (incompetent) untuk kekal sebagai perdana menteri. Lagi lama Malaysia ditadbir oleh kerajaan Madanon Anwar Ibrahim, lagi besar mudaratnya kepada rakyat,” kata Muhyiddin.

Ketika berucap pada majlis sambutan Hari Peneroka Felda di Serdang pada 7 Julai lalu, Anwar mendakwa pengumuman mengenai pemansuhan 80 peratus hutang peneroka Felda yang dibuat kerajaan terdahulu tidak disertai sebarang kelulusan.

Sebaliknya, kata Anwar, kerajaan PN pimpinan Muhyiddin hanya membuat pengumuman pelupusan hutang berjumlah RM8.3 bilion tersebut.

Muhyiddin bagaimanapun menyangkal kenyataan Anwar itu dan menyifatkannya sebagai pembohongan besar.

Dia juga memetik jawapan parlimen daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pada 23 Februari bahawa pelupusan hutang itu sudah dilaksanakan pada 2021 walaupun tidak dilakukan secara berterusan akibat masalah aliran tunai.

Namun, Anwar mengulangi dakwaannya pada hari berikutnya, dengan mengatakan tiada peruntukan dalam belanjawan persekutuan 2021 dan 2022 untuk melupuskan hutang RM8.3 bilion itu.

Hal itu mendorong Muhyiddin mengeluarkan surat tuntutan, menuntut perdana menteri membuktikan dakwaannya serta memohon maaf dalam tempoh 24 jam.

End©Permadu


Adaptasi oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG 

Comments

  1. Inilah yang dikatakan "matalanmat menghalalkan cara". Matalamat ialah meraih undi kerabat peneroka untuk PRN akan datang justeru saman menyaman dalam usaha menegakkan benang basah. Pelik nya kenapa PMX tak saman cikgu Bard berkaitan istana Sungai Long.

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Dr Rafidah sounds emotional, more like personal grudges