Anwar tunjuk bukti penghapusan hutang peneroka Felda hari ini

Bernama melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan bukti bahawa beliau telah menandatangani dokumen bagi penghapusan hutang peneroka Felda hari ini.

“Saya boleh bawa, tak perlu tunggu 24 jam, dalam 12 jam saya boleh. Memang saya tandatangan pada 27 Jun lepas. Kenapa dia (bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin) tak buat kerja, tak tahu.

“Kamu (Muhyiddin) cabar begitu… baik, saya tunjuk bukti saya tandatangan (pelupusan hutang RM990 juta), dia kena minta maaf,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445H Perpaduan Tanjong Karang di Kampung Raja Musa di Tanjong Karang malam tadi.

Anwar berkata demikian bagi menjawab tuntutan Muhyiddin kepada beliau agar membuat permohonan maaf tanpa syarat dan terbuka secara bertulis susulan kenyataannya yang mendakwa hutang peneroka Felda berjumlah RM8.3 bilion tidak pernah dilupuskan di bawah pentadbiran Muhyiddin.

Tuntutan itu dikemukakan dalam surat bertarikh 18 Julai menerusi firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership.

Selain itu, dalam tempoh 24 jam daripada penerimaan surat berkenaan, Anwar juga perlu mengemukakan surat atau dokumen yang ditandatangani mengatakan beliau sebagai Menteri Kewangan pada akhir Jun lepas meluluskan pelupusan hutang peneroka Felda bernilai RM8.3 bilion.

Justeru, sebelum melakukan lawatan rasmi ke Vietnam esok, Anwar berkata beliau akan menghubungi Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Datuk Johan Mahmood Merican untuk menyerahkan bukti berkenaan.

“Insya-Allah, sebelum saya ke Vietnam esok saya akan telefon KSP dan akan bagi (bukti) itu. Saya nak dia (Muhyiddin) minta maaf secara terbuka,” katanya.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, sebelum ini mendakwa Belanjawan 2021 dan 2022 di bawah Perikatan Nasional tidak mempunyai peruntukan untuk menyelesai dan melupuskan hutang Felda.

Katanya hanya dalam Belanjawan MADANI 2023, beliau menyerahkan RM990 juta peruntukan awal bagi melupuskan hutang peneroka Felda yang berjumlah RM8.3 bilion itu.



End©Permadu

Adaptasi oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

  1. Akhirnya bukti yang ditunjukkan tak berbeza dengan bukti cek 90 juta yang kononnya diterima oleh presiden PAS. PMX cuma tunjuk belakang cek dan bukan depan cek yang menunjukkan nama penerima dan jumlah duit yang diterima.

    ReplyDelete

Post a Comment

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Dr Rafidah sounds emotional, more like personal grudges