Pengarang buku terlaris skandal 1MDB percaya Jho Low kini dalam tahanan rumah di Shanghai

RAKYAT MENUNGGU BILA JHO LOW BOLEH DIBAWA PULANG KE MALAYSIA UNTUK DIDAKWA 

Low Taek Jho

JHO LOW KINI DIPERCAYAI JADI BEBANAN DI CHINA

Portal berita tempatan berpengaruh Malaysiakini hari ini menyorot ciapan terbaru di Twitter oleh Bradley Hope, pengarang bersama buku terlaris mengenai skandal 1MDB.

Bradley Hope menolak andaian bahawa ahli perniagaan Malaysia yang menjadi buruan dan pelarian, Low Taek Jho atau Jho Low kini berada di Macau.

Bradley Hope
"Jho Low banyak berada di Macau dari 2015-2018, serta di Hong Kong, Shenzhen dan Thailand tetapi selepas kekalahan (bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd) Najib (Tun Abdul Razak) pada pilihan raya (tahun lalu), pergerakannya lebih terhad di tanah besar.

“Kami di @WhaleHunting_ percaya dia berada di bawah tahanan rumah di Shanghai,”ciap Hope di Twitter.

Bradley Hope mendakwa China telah menahan Low susulan rundingan dengan Malaysia.

“Ini juga kerana penaungnya dalam perkhidmatan pengintip (Sun Lijun) telah ditangkap dan rakan niaga di CCCC digulingkan.

"Dia berubah daripada aset risikan menjadi liabiliti selepas Najib diundi keluar," kata Hope.

Bersama Tom Wright, Hope adalah pengarang bersama buku paling laris Billion Dollar Whale dan Blood and Oil. Dia juga adalah finalis bagi Hadiah Pulitzer dan pernah menjadi wartawan Wall Street Journal.

Bradley Hope membuat ciapan demikian ketika mengulas laporan yang memetik SPRM sebagai berkata suruhanjaya itu "percaya" bahawa ahli perniagaan yang dikehendaki Malaysia itu sedang bersembunyi di Macau.

Menurut laporan Al Jazeera, SPRM dipetik dalam jawapan bertulis sebagai berkata bahawa ini disahkan oleh beberapa individu yang pernah melihat Low di Macau.

“SPRM percaya individu yang dikehendaki untuk 1MDB, terutamanya Jho Low, sedang bersembunyi di Macau,” kata rangkaian berita yang berpangkalan di Doha itu.

Laporan itu menambah bahawa pendedahan tersebut dibuat selang beberapa minggu selepas penahanan suspek 1MDB yang kurang dikenali, Kee Kok Thiam.

Kee meninggal dunia dalam tahanan semalam selepas diserang angin ahmar.

Bradley Hope turut mengemukakan satu soalan umum:

“Satu soalan untuk Malaysia: Apakah jenayah dalam kod undang-undang anda untuk seorang perdana menteri bersekongkol dengan kuasa asing untuk mengorbankan kepentingan negara / kedaulatan dan membayar lebih untuk kontrak menggunakan wang negara sebagai pertukaran untuk menutup penipuan besar-besaran?”

End©Permadu


Adaptasi oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG 

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jokowi, anak beranak, ipar dan menantu cuba kontrol Indonesia — rakyat hilang sabar, mula membenci Jokowi, berdemo, membakar