Membesarkan isu Pulau Pinang milik Kedah tidak beri apa faedah pun kepada rakyat


Tokoh PAS iaitu Menteri Besar Kedah yang pandai menarik perhatian ramai dengan berbagai isu perlu dipersoal. Adakah ia memberi apa-apa faedah kepada rakyat? 

Terbaru, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (gambar, atas) mencetuskan populariti dipercayai untuk kepentingannya sendiri apabila mendakwa Pulau Pinang milik negeri Kedah. 

Dari satu sudut, dakwaan ini umpama peribahasa Melayu: Rumah sudah siap, pahat berbunyi.

Portal berita tempatan FMT melaporkan Sanusi mahu Perlembagaan dipinda bagi menyokong dakwaan bahawa Pulau Pinang milik Kedah.

Pemimpin paling popular di kalangan orang Melayu di Kedah itu berkata kajian sejarah dan akademik menyokong dakwaan beliau bahawa Kedah memiliki Pulau Pinang, dan generasi sekarang perlu membetulkan “sejarah yang dijulingkan” dan meminda Perlembagaan.

“Jika saban tahun kandungan Perlembagaan dipinda di Parlimen mengikut proses dan prosedurnya, berdasarkan keperluan dan kehendak semasa, mengapa pula penemuan kukuh hendak diketepikan hanya kerana isu kandungan Perlembagaan?” Sanusi dilaporkan memberitahu portal berkenaan. 

“Yang tak boleh pinda atas dunia ini hanya Al-Quran dan hadis.”

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengkritik Sanusi kerana mengulangi dakwaan bahawa Pulau Pinang milik Kedah.

Anwar meminta pemimpin PAS itu memahami Perlembagaan yang menyenaraikan Pulau Pinang sebagai salah satu daripada negeri di Semenanjung.

Ditanya bagaimana dan bahagian mana dalam Perlembagaan yang perlu dipinda, Sanusi berkata apa-apa kandungan yang boleh dipinda berkenaan anggota Persekutuan.

“Kalau ada yang tak boleh pinda akan dinyatakan dengan jelas. Ada juga bab yang boleh pinda dengan kebenaran Majlis Raja-raja.

“Ramkarpal Singh atau sesiapa saja boleh cakap apa sahaja. Bebas beri pandangan, boleh sandar pada apa saja, selama tak salah di sisi undang-undang…begitu juga saya,” katanya.

Semalam, Timbalan Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Ramkarpal Singh berkata status negeri berdaulat termaktub dalam Perkara 1(2) Perlembagaan.

Ramkarpal berkata Perkara 71(1) Perlembagaan, yang dibaca bersama Jadual ke-8 Perlembagaan, menyatakan setiap negeri mempunyai undang-undang tubuh yang memperuntukkan kerajaan tersendiri, termasuk bagi Pulau Pinang.

Sanusi berkata beliau tidak boleh terima dakwaan yang mempersoalkan kefahamannya tentang Perlembagaan atau dakwaan dia mempertikai Perlembagaan, mengganggu kedaulatan Pulau Pinang, dan mengguris hati rakyat negeri itu.

“Saya akur jika penyelesaian terakhir ialah di mahkamah, bukannya cubaan menutup mulut saya atau sesiapa sahaja yang selari dengan saya,” katanya.

Menjawab kenyataan Anwar bahawa Raja-raja Melayu memperkenan perjanjian Perlembagaan dalam isu tersebut, Sanusi meminta Anwar mengkaji sebab bayaran bagi Pulau Pinang dinaikkan daripada RM10,000 setahun kepada RM10,010,000 setahun pada 2018.

Sanusi pada Isnin lalu mendakwa Pulau Pinang milik Kedah dan sempadan Kedah sehingga ke Balik Pulau.

Permadu Malaysia berpandangan memberi tumpuan berlebihan terhadap isu ini tidak memberi apa-apa faedah kepada rakyat di saat nilai mata wang Ringgit semakin lemah di tengah rakyat marhaen berjuang menghadapi kos sara hidup tinggi lagi membebankan. 

Memperkatakan isu ini akan menjadikan Sanusi semakin popular dan akhirnya ia akan senyap begitu sahaja tanpa kesimpulan. Bukankah itu kerja membuang masa? 



End©Permadu

Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks
dibantu oleh Nazura Othman


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2023 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com

DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Inilah akibat terlampau banyak formula sebelum jadi menteri

Tokoh bergelar Datuk di Terengganu dan isteri didakwa buat tuntutan palsu agihan zakat, melalui syarikat isteri