Posts

Showing posts from May, 2023

Sudah beri lanjutan, Anwar minta sebulan lagi, Mahathir tolak

Image
Portal berita tempatan MalaysiaNow melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad menolak permohonan masa lanjutan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjawab notis tuntutannya yang menuntut perdana menteri itu menarik balik kenyataan didakwa memfitnahnya pada Kongres Nasional Khas PKR 2023.  Peguamnya, Rafique Rashid memberitahu peguam mewakili Anwar mengutus surat kepada pihaknya dan mahkamah dengan memaklumkan mereka perlu masa tambahan selama satu bulan untuk memfailkan notis pembelaan. Bercakap kepada portal berkenaan, Rafique berkata surat itu dihantar pada 29 Mei, dua hari sebelum pengurusan kes pertama yang sepatutnya berlangsung pada hari ini.  "Pada hari yang sama juga kita berjumpa dengan Dr Mahathir dan beliau tak benarkan lanjutan masa," katanya ketika ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.  Sebelum ini, peguam Anwar dari Tetuan Thomas Phillip memohon masa hingga 17 April untuk menjawab notis tuntutan yang dikemukakan Mahathir pada 27 Mac lalu. Katanya lag...

Membesarkan isu Pulau Pinang milik Kedah tidak beri apa faedah pun kepada rakyat

Image
Tokoh PAS iaitu Menteri Besar Kedah yang pandai menarik perhatian ramai dengan berbagai isu perlu dipersoal. Adakah ia memberi apa-apa faedah kepada rakyat?  Terbaru, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ( gambar, atas ) mencetuskan populariti dipercayai untuk kepentingannya sendiri apabila mendakwa Pulau Pinang milik negeri Kedah.  Dari satu sudut, dakwaan ini umpama peribahasa Melayu: Rumah sudah siap, pahat berbunyi. Portal berita tempatan FMT melaporkan  Sanusi mahu Perlembagaan dipinda bagi menyokong dakwaan bahawa Pulau Pinang milik Kedah. Pemimpin paling popular di kalangan orang Melayu di Kedah itu berkata kajian sejarah dan akademik menyokong dakwaan beliau bahawa Kedah memiliki Pulau Pinang, dan generasi sekarang perlu membetulkan “sejarah yang dijulingkan” dan meminda Perlembagaan. “Jika saban tahun kandungan Perlembagaan dipinda di Parlimen mengikut proses dan prosedurnya, berdasarkan keperluan dan kehendak semasa, mengapa pula penemuan kukuh hendak diketepikan ...

His wife won second place, angry man smashed beauty pageant's champion crown

Image
Emotion can do anything Video produced by The Telegraph dated 30 May 2023 The appearance and act on the above video are for illustration purpose only. End © Permadu By Fauzi Kadir Concept/Technicalities/Text Preparation  assisted by Jamaliah Mohd Salleh Finally edited and brought to you by Fauzi Kadir  CHIEF EDITOR © 2023 Permadu Harmony Bersepadu (Semua Hak Cipta Terpel ihara) All Rights Reserved  E-mail:  permadu@gmail.com (DILULUSKAN UNTUK  SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG )  PUBLISHED UPON APPROVAL FROM THE EDITORIAL BOARD  

Pengarang buku terlaris skandal 1MDB percaya Jho Low kini dalam tahanan rumah di Shanghai

Image
RAKYAT MENUNGGU BILA JHO LOW BOLEH DIBAWA PULANG KE MALAYSIA UNTUK DIDAKWA  Low Taek Jho JHO LOW KINI DIPERCAYAI JADI BEBANAN DI CHINA Portal berita tempatan berpengaruh Malaysiakini hari ini menyorot ciapan terbaru di Twitter oleh Bradley Hope, pengarang bersama buku terlaris mengenai skandal 1MDB. Bradley Hope  menolak andaian bahawa ahli perniagaan Malaysia yang menjadi buruan dan pelarian, Low Taek Jho atau Jho Low kini berada di Macau. Bradley Hope "Jho Low banyak berada di Macau dari 2015-2018, serta di Hong Kong, Shenzhen dan Thailand tetapi selepas kekalahan (bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd) Najib (Tun Abdul Razak) pada pilihan raya (tahun lalu), pergerakannya lebih terhad di tanah besar. “Kami di @WhaleHunting_ percaya dia berada di bawah tahanan rumah di Shanghai,” ciap Hope di Twitter. Bradley Hope mendakwa China telah menahan Low susulan rundingan dengan Malaysia. “Ini juga kerana penaungnya dalam perkhidmatan pengintip (Sun Lijun) telah ditangkap dan rakan ...