DAP 'pening' selepas bernikah dengan UMNO


DAP BERTINDAK BERDIAM DIRI

 Penganalisis berkata DAP mungkin tidak lama lagi perlu mempertimbangkan langkah seterusnya, selepas bergabung dengan musuh lama, Umno sebagai sebahagian kerajaan dipimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Portal berita yang semakin menyerlah MalaysiaNow telah menemuramah beberapa orang penganalisis politik berwibawa.

Bercakap kepada portal itu, mereka berkata pertembungan antara kedua-dua parti itu sememangnya sudah dijangka walaupun ketika ini mereka masing-masing melakukan gencatan senjata.

Pemerhati politik Mak Khuin Weng berkata persaingan antara Umno dan Bersatu adalah mengenai siapa yang boleh “tunaikan tanggungjawab” kepada masyarakat Melayu, namun konflik parti itu dengan DAP adalah mengenai menafikan kemahuan antara sesama mereka.

“Umno sudah membuat kenyataan menolak Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC),” katanya merujuk kepada sijil pelajaran bagi pelajar lepasan sekolah menengah swasta Cina, di mana PH berjanji mahu mengiktirafnya dalam manifesto gabungan itu pada pilihan raya umum 2018. 

Perkara itu kemudiannya timbul semula hanya beberapa hari selepas Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, apabila kumpulan pendidikan Cina Dong Zong mula melobi sekali lagi supaya UEC diiktiraf sebagai kelayakan untuk memasuki institusi pengajian tinggi tempatan.

Veteran Umno Mustapha Yaakob membidas panggilan Dong Zong tersebut, menyifatkan persatuan pendidikan itu biadab kerana meminta UEC diiktiraf.

Umno, sebuah parti Melayu nasionalis yang konservatif, secara tradisinya menganggap DAP sebagai musuh ketat dalam usahanya melaksanakan agenda Melayu. 

Bagi parti itu, DAP yang majoritinya dianggotai oleh masyarakat Cina, dianggap sebagai parti berhaluan kiri yang menguar-uarkan dirinya sebagai pejuang kesetaraan bagi seluruh rakyat Malaysia.

Penganalisis politik Liew Wui Chern berkata DAP, yang menyedari dilema yang dihadapinya ketika ini, dilihat memilih untuk berdiam diri.

"Mereka tidak banyak mengulas - sejak keadaan Parlimen yang tergantung sehingga pembentukan kerajaan, anda boleh lihat, DAP berdiam diri," kata Liew, dari Universiti Tunku Abdul Rahman.

Liew turut menambah sikap DAP itu berbeza dengan pendiriannya sebelum ini. 

Katanya, strategi DAP kini adalah menyerahkan dasar dan membuat keputusan kepada Anwar dan PKR.

"DAP tidak tuntut apa-apa. Mereka sangat senyap dan biarkan Anwar dan PKR membuat keputusan," katanya.

"Umno kini sebahagian daripada kerajaan, jadi DAP seboleh-bolehnya akan mengelak daripada buat kecoh.”

Bagaimanapun, Mak berkata sudah wujud keretakan antara Umno dan DAP yang boleh dilihat di Perak, di mana Menteri Besar Saarani Mohamad berkata DAP tidak akan mengawal kerajaan negeri.

DAP dah jadi macam MCA

“DAP selama ini mendiamkan diri, tetapi semakin mereka berdiam diri, mereka semakin serupa seperti MCA,” katanya.

MCA yang merupakan komponen BN, ditolak oleh pengundi Cina pada pilihan raya umum 2013 di mana ia sering digambarkan sebagai "tsunami Cina".

Pada pilihan raya baru-baru ini, parti itu hanya memenangi dua kerusi Parlimen, memusnahkan harapannya untuk kembali  bangkit selepas mendapat beberapa kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor.

Bagaimanapun, Mak berkata, setelah memilih untuk bergabung dalam membentuk kerajaan baru, DAP perlu memperbaiki hubungannya dengan Umno.

“Saya tak nampak perkahwinan yang bahagia di sini,” tambahnya. 

“Semua kenyataan dari Umno hanya beberapa hari selepas perkahwinan menunjukkan bulan madu pun tiada.

"Apa yang boleh saya katakan kepada mereka ialah, semoga berjaya."


Adaptasi dari sebuah artikel terbitan MalaysiaNow hari ini. 

Penampilan bintang legenda bolasepak Malaysia Dato' Dollah Salleh adalah untuk tujuan ilustrasi semata-mata dan tiada kaitan dengan kandungan artikel ini dan blog Permadu Malaysia.

End©Permadu

 
Adaptasi oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks Berita
dibantu oleh Nazura Othman

Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com


DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Handsome anak lelaki tunggal Anwar Ibrahim dan Wan Azizah

Singapura Tanam Padi

Kuasa didahulukan, reformasi dikemudiankan – realiti yang akan dilakukan semua perdana menteri

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

Gaji CEO TNB khabarnya berjuta, tapi prestasi GLC itu macam tak sepadan

Jabatan Penjara Malaysia jawab "Abang Mat" mengenai layanan kepada Anwar sebagai banduan

Jika DAP dapat memberi kebaikan kepada orang Melayu, lebih baik dari pemimpin Melayu, apa masalahnya? Kalau...

Sekolah Kebangsaan – High Budget But Low Quality?

Unexplained Najib's sentence reduction makes foreign investors extremely nervous, says Hong Kong-based think tank