Zaidi Mohd Said (BN) dijangka bakal ahli parlimen baru Permatang Pauh

Mohd Zaidi Mohd Said

Walaupun bukan YB, Mohd Zaidi menggalas tanggungjawab ahli parlimen Permatang Pauh yang "hilang"  entah ke mana

"Sebelum Solat Jumaat di Masjid Padang Ibu tadi, saya sempat mengunjungi beberapa individu yang saya tahu mereka memerlukan kehadiran saya di sekitar Parlimen Permatang Pauh," kata seorang insan yang disebut-sebut sebagai bakal ahli parlimen Permatang Pauh.

Itulah Saudara Datuk Mohd Zaidi bin Mohd Said, Ketua UMNO Bahagian P44 di Permatang Pauh. 

Mohd Zaidi menambah: "Bukan setakat orang, lembu sado yang tercedera mereka minta saya lawati.. Hahaha.. 20 ribu ringgit seekor kata tuannya!!"

Desas-desus bertiup kencang majoriti pengundi di Permatang Pauh, Pulau Pinang hampir pasti akan memilih calon Barisan Nasional (BN) sebagai ahli parlimen mereka dalam pilihanraya umum ke-15 nanti.

Anwar Ibrahim

Walaupun ahli parlimen sekarang Nurul Izzah Anwar, yang sebelumnya iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas timbalan perdana menteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - tiga beranak dalam satu keluarga mewakili PKR merupakan nama-nama besar, penduduk Permatang Pauh merasa terabai selama berpuluh tahun kerana wakil rakyat mereka terlalu sibuk berpolitik di peringkat nasional. 

Nurul Izzah Anwar (kiri) dan Dr Wan Azizah Wan Ismail

"Tiada sumbangan bermakna tiga beranak ini sebagai ahli parlimen untuk warga Permatang Pauh sejak 80an lagi," seorang pemerhati politik Pulau Pinang memberitahu Permadu Malaysia, merujuk kepada Anwar, Dr Wan Azizah dan Nurul Izzah.

Penganalisis politik dari Pulau Pinang yang enggan identitinya didedahkan menambah: "Walaupun bukan YB, tapi Mohd Zaidi memberi bantuan dan menyantuni masyarakat P44 tanpa mengira bangsa dan agama.."

Mohd Zaidi meraikan pelajar Tingkatan 6 SM Penanti, sambil mendekati para pengundi muda

CIRI PEMIMPIN YANG DICARI DAN DIKEHENDAKI OLEH PENGUNDI P44 PERMATANG PAUH

Tonton 👇 Video

Kandungan di dalam video di atas tidak semestinya mencerminkan pandangan dan pendirian rasmi Permadu Malaysia.

Teringat pula kepada Datuk Seri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin yang prihatin terhadap penduduk Temerloh. 


Penampilan bintang legenda bolasepak Malaysia Dato' Dollah Salleh adalah untuk tujuan ilustrasi semata-mata dan tiada kaitan dengan kandungan artikel ini dan blog Permadu Malaysia.


End©Permadu


 
Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks Berita
dibantu oleh Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpelihara
E-mel: permadu@gmail.com


DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Australian political analyst says Malaysian PM's political party, PKR is in collapse

MAHATHIR MAY REJOIN UMNO

Ketua Pemuda UMNO ajak Ahli MKT UMNO bertumbuk

Isu Stadium Shah Alam, suami Hannah Yeoh dapat kontrak, parkir, terkini babi — faktor penyumbang PH kalah di PRN akan datang

OVERCONCENTRATION OF A MALAY POPULATION MAKES SHAH ALAM A GHOST CITY, SAYS ANALYST

It happens everywhere—Not only in our country

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

GEMPAR: MUFTI PERLIS TERLIBAT BUNUH AMRI CHE MAT?

If PN chairmanship is for PAS, Hadi is the most suitable candidate, not Samsuri

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak