Zahid Hamidi Bukan Komedi

 Pihak pendakwaan dijangka fail rayuan di peringkat Mahkamah Rayuan

Gambar Bernama: Ahmad Zahid Hamidi 

Media tempatan dan antarabangsa bagaikan terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. 

Dengan beraneka persembahan, mereka melaporkan berita keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam mengenai 40 pertuduhan rasuah terhadap seorang tokoh pemimpin UMNO yang sering dipandang sebagai seseorang yang mencurigakan, terutama dalam hal berkaitan integriti.

Tidak memeranjatkan jika ada pihak-pihak tertentu membuat andaian keputusan ini berunsur campur tangan politik khususnya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia.

Andaian ini dijangka timbul dari mereka yang ternanti-nanti untuk melihat Ahli Parlimen Bagan Datuk ini dimasukkan ke dalam penjara. 

Tetapi janganlah gembira sangat. Pihak pendakwaan masih boleh merayu di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Malaysiakini secara berfakta melaporkan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dirinya diaibkan, dimalukan dan “ditelanjangkan” atas tuduhan menerima rasuah walaupun sebelum mahkamah membuat keputusan.

Pengerusi BN itu hari ini dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung menerima suapan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berhubung kontrak pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan sistem Visa Luar Negara (VLN). 

“Saya telah diaibkan, dimalukan, malah ditelanjangkan dengan pelbagai anggapan dan saya telah dihukum terlebih dahulu oleh court of public opinion.

“Tapi Jumaat ini kebenaran perundangan ditegakkan,” katanya pada sidang media di Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas keputusan mahkamah hari ini. 

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Yazid Mustafa berkata pihak pendakwaan gagal mewujudkan prima facie ke atas bekas timbalan perdana menteri itu. 

Ahli Parlimen yang tenang dengan panggilan Kluster Mahkamah itu berdepan 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB, selain tujuh lagi mendapatkan SG$1,150,000; RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan dengan tugas rasminya.

Hadir berpakaian putih, Zahid ketika memberikan sidang medianya turut mengucapkan terima kasih kepada barisan peguam yang diketuai oleh Hisyam Teh Poh Teik.

Hisyam Teh Poh Teik, Peguam

Anak perempuannya Nurul Hidayah, yang turut hadir hari ini dilihat menitiskan air mata kesyukuran selepas keputusan mahkamah. 

“Dari hari pertama sehingga keputusan hari ni, saya amat yakin bahawa pelaksanaan perindangan telah diteliti dan diperincikan oleh yang arif hakim.

“Dan tentunya saya merasakan bahwa apa juga yang telah dipertuduhkan kepada saya, saya merasakan biarpun saya harus reda dengan ujian yang telah ditimpakan ke atas saya, namun saya istiqamah dan amat yakin bahawa pertuduhan-pertuduhan itu tak pernah saya lakukan.

“Dan saya amat yakin sebagai pengerusi BN dan presiden UMNO, ini kejayaan UMNO-BN,” kata Zahid yang turut ditemani oleh ahli keluarganya dan beberapa pemimpin UMNO.

Zahid bagaimanapun enggan mengambil sebarang soalan daripada pemberita dan bergegas meninggallan mahkamah sambil melambai ke arah penyokong yang hadir di luar mahkamah. 



Penampilan bintang legenda bolasepak Malaysia Dato' Dollah Salleh adalah untuk tujuan ilustrasi semata-mata dan tiada kaitan dengan kandungan artikel ini dan blog Permadu Malaysia.


End©Permadu


 
Oleh Fauzi Kadir

Konsep/Teknik Persembahan/Teks Berita
dibantu oleh Rahayu Mansor


Suntingan terakhir dan dibawa kepada anda oleh
Fauzi Kadir KETUA PENGARANG

© 2022 Permadu Harmony Bersepadu
Semua Hak Cipta Terpel
ihara
E-mel: permadu@gmail.com


DILULUSKAN UNTUK SIARAN OLEH JEMAAH SIDANG PENGARANG  

Comments

POPULAR POSTS from Permadu Malaysia

Beer, khalwat and a hundred other non-halal things

Mengapa tidak Sultan Pahang sendiri mengklarifikasi baginda ada bertitah addendum atau pun tidak

Satu demi satu agamawan problematik muncul, terkini Dr Mashitah Ibrahim

Representing 22,000 lawyers, Malaysian Bar to challenge Pardons Board's reduced Najib's jail sentence and fine

Boss Wanita Kastam bercuti ke Bangkok pakai duit sendiri

Laporan polis Perkasa berunsur sindiran kepada Raja-Raja Melayu?

Profesor Universiti Malaya didakwa hantar gambarnya sendiri berbogel kepada pelajar perempuan

Sultan Ibrahim tidak akan melayan sama sekali mereka yang melobi untuk mendapat gelaran Tan Sri, Datuk

Imam, son and religious officer arrested — Alleged RM1.2m corruption involving marriage registration in Perlis

The 5 ringgit corruption in Johor Bahru Immigration Department?